HOME BAB : 1 2 3 4 5 6 7 8 9 10 11 12 13 14 15 16 17 18 19
  20 21 22 23

Bab 6 : DUA KALIFAH TERAWAL

Sebelum pun sempat jenazah Rasulullah (saw) dikebumikan, segolongan kaum Muslimin yang berkumpul di Dewan Bani Sa'ida, samaada secara tidak sengaja atau dirancang, telah memberi sumpah setia kepada Abu Bakr walaupun sepatutnya mereka menuruti perintah Rasulullah (saw) yang melantik Ali sebagai pemimpin. Penyokong-penyokong Abu Bakr jadinya memerlukan Ali turut melafazkan ikrar taat setianya kepada Abu Bakr. Ini tambahan pula kerana kedudukan Ali yang cemerlang sebagai pengikut Rasulullah yang berkalibar dan terulung.(Rujukan: Sahih Muslim di bawah Bab Ali). Namun begitu, sekurang-kurangnya sehingga isterinya Fatimah masih hidup, Ali tidak memberi ikrar kepada Abu Bakr.

Kerajaan Abu Bakr merampas Kebun Fandak daripada Fatimah, puteri Rasulullah (saw) tanpa memperdulikan tegasan Fatimah bahwa kebun itu haknya yang mutlak sebagai hadiah yang telah dikurniakan oleh ayahandanya. Ucapan bantahan beliau yang jitu pun tidak berkesan mendapatkan semula harta itu kerana Abu Bakr khuatir sekiranya dia memulangkan balik harta yang dirampasnya, tindakkan itu seolah-olah akan menandakan kesilapannya dalam hal-hal lain termasuk merampas kedudukan yang telah diamanahkan oleh Junjungan Tinggi kepada Ali. Abu Bakr kemudian sebaliknya menuduh bahwa Kebun Fandak adalah milik masyarakat dan walaupun Fatimah boleh menggunakannya mengikut kadar, Fandak bukan haknya. (Rujukan : Sahih Bukhari 5.546; 5.368; 5.60; Abu Dawood 2963) Sehingga akhir hayatnya pada 14 Jamaada

muka 20

   
     


al Thaani (bulan 6) tahun ke 11 Hijrah, 6 bulan selepas wafatnya Rasulullah (saw), Fatimah tidak menegur lagi Abu Bakr.

Dalam pada itu, pemberontakan telah tercetus di kalangan puak-puak di Semenanjung Arab dan ramai yang murtad akibat kewafatan Rasulullah (saw). Kaum Muslimin di Madinah lantas terpaksa melupakan segala pertikaian dan perbezaan pendapat antara mereka dan bersatu padu menghadapi masalah bersama. Ali juga tidak ada jalan lain kecuali menerima realiti politik semasa demi memeliharakan ugama yang baru berputik itu.

Justeru, walaupun beliau terus menegaskan bahwa jawatan Kalifah sebenarnya telah dipertugaskan kepadanya dan kini telah dirampas, beliau tidak mau tidak, terpaksa menerima Abu Bakr sebagai pemimpin (Rujukan : Nahjul Balagha).

Semasa hayat Rasulullah (saw), Ali bergitu aktif terlibat dalam urusan pentadbiran Kerajaan Islam tetapi kedudukannya kini berubah. Beliau tidak mengambil sebarang peranan penting dalam perjuangan meredakan kejadiaan murtad dan malahan bersifat pasif. Dengan pengetahuannya yang lengkap mengenai Kitab Suci al-Qur'an dan Sunnah, dia berusaha memperbetulkan kesilapan-kesilapan yang dibuat of kerajaan. Dia dilantik didalam badan perundangan Kalifah, namun syor-syornya jarang diterima oleh Umar yang merupakan tokoh yang berpengaruh sejak pemerintahan Kalifah Abu Bakr lagi.

Pada tahun 634 Masehi, selepas hanya dua tahun memegang pucuk pimpinan, Abu Bakr meniggal dunia pada usia 64 tahun.

muka 21

 
 
   


Ketika nazak, beliau memanggil Uthman Affan dan abang ipar Uthman bernama 'Abd ar-Rahman 'Awf untuk mendapat sokongan mereka bagi perlantikkan Umar sebagai Kalifah baru. Keputusan pribadi ini seperti yang dijangka, dibantah oleh para Sahabat terkemuka Rasulullah (saw) sepeti Talhah namun keputusan itu muktamat.

Bila Kalifah Umar berkuasa, banyak penaklukkan penting berlaku termasuk penaklukkan Farsi dan Baizentin. Kesemua para Sahabat terkemuka mengambil bahagian, kecuali Ali. Ali juga tidak memegang sebarang jawatan penting kecuali menjadi wakil Kalifah Umar mentadbirkan kota Madinah semasa Umar membawa kesemua para Sahabat dan panglima-panglima perang terkemuka yang lain bersamanya ketika menakluki Palastine bagi menentukan dan menguruskan pembahagian diwan atau saguhati.

Kejayaan Kalifah Umar menakluki tanah-tanah jajahan baru dan kejayaan Kalifah Abu Bakr mengatasi kaum-kaum yang murtad semasa pemerintahannya, secara langsung atau tidak membenteras pertikaian dalaman.

Selepas 10 tahun memerintah dengan penuh kegemilangan ketenteraan, Kalifah Umar cedera parah ditikam oleh hamba abdi Farsi bernama Abu Lulu. Ketika nazak, Umar melantik 6 orang dari para Sahabat untuk memilih Kalifah pengganti. Komiti yang tertubuh ini dikenali sebagai Shura atau Badan Pelantik yang terdiri dari Uthman, Abd ar-Rahman Awf dan saudaranya Sa'd Abi Waqqas, Zubayr, Talha dan Ali. 'Abd Allah, anak Umar sendiri dilantik menjadi penasihat.

muka 22

 
 
 


Kalifah Umar dengan rapi menetapkan syarat-syarat yang mesti dipatuhi oleh badan Shura yaitu, 1) Kalifah baru mestilah dilantik dari kalangan badan itu sendiri dengan undi majoriti ahlinya ; 2) Sekiranya dua orang calon mendapat jumlah undi yang sama, calon yang disokong oleh 'Abd ar-Rahman Awf akan dikira menang; 3) Sekiranya mana-mana individu dari badan itu menarik diri dari mengambil bahagian, kepalanya akan di pancung serta merta; 4) Setelah perlantikkan dibuat, sekirannya satu atau dua ahli Shura enggan menerima keputusan itu, minoriti ini atau kumpulan yang menentang 'Abd ar-Rahman, sekirannya Shura pecah 3 dan 3, akan dibunuh. Untuk menguatkuasakan syarat-syarat ini, 'Umar memerintahkan Abu Talha al-Ansari dari puak Kazraj dan 50 orang pembantunya berdiri mengawal.

Menurut sesetengah Ahli Sejarah, Abbas anak 'Abd al-Mutalib, pakcik kepada Rasulullah (saw) yang menjadi ketua Bani Hashim ketika itu melarang Ali daripada melibatkan diri dalam Shura tetapi syarat 3) dari peraturan yang ditetapkan oleh Umar tidak mengizinkannya.

Dengan meletakkan 'Abd ar-Rahman Awf sebagai pengerusi dan sekaligus penentu muktamat badan Shura, 'Umar meletakkan halangan kepada perlantikkan Ali dan menjamin perlantikkan 'Uthman. Ini ialah kerana 'Abd ar-Rahman adalah kawan setia dan abang ipar 'Uthman sementara Sa'd dan 'Abd ar-Rahman adalah sepupu, masing-masing dari Bani Zuhra dan sudah tentu menyokong satu sama lain. Kalaupun Zubayr dan Talha menyokong perlantikkan Ali, syarat 2) memastikan usaha itu sia-sia. Umar menuduh bahwa sekirannya Rasul dan Kalifah jatuh ke tangan Bani Hashim, mereka akan menjadi bongkak dan takbur.

muka 23

   
   


Selepas 3 hari berdebat dan bertikai, 'Abd ar-Rahman akhirnya menawarkan Kalifah kepada Ali dengan dua sharat : 1) Ali harus memerintah mengikut Kitab Suci al-Qur'an dan Sunnah Rasulullah (saw) ; 2) Dia mesti mengikut jejak yang telah di buat oleh 2 Kalifah sebelumnya dalam hal pentadbiran.

Sebagai pewaris ilmu Rasulullah (Rujukan : Sahih Bukhari 3334), Ali menolak syarat kedua kerana tidak semua keputusan Kalifah-Kalifah sebelumnya menurut shara'. Abd ar-Rahman lantas menawarkan Uthman kedudukan Kalifah dengan 2 syarat yang sama dan Uthman menerimannya. Pada 26 haribulan 12, tahun 23 Hijrah atau 3 November 644 Masehi, Umar meninggal dunia dan jawatan Kalifah berpindah kepada Uthman. Ali dan penyokong-penyokongnya yang setia seperti Abu Dharr Jundab, 'Ammar Yasir, Al-Miqdad 'Amr dan Salman al-Farisi, yang kemudiannya dikenali sebagai 4 Tiang Shiah Ali atau al-Arkan al-Arba'a, membantah.

 

muka 24