HOME BAB : 1 2 3 4 5 6 7 8 9 10 11 12 13 14 15 16 17 18 19
  20 21 22 23

Bab 9 : IMAM HASAN DAN MU'AWIYAH

Dengan terbunuhnya Kalifah Ali, Hasan, anak sulung beliau dari pernikahannya dengan Fatima puteri Rasulullah s.a.w. diistiharkan sebagai Kalifah baru oleh 40 ribu orang di Kufa tanpa apa-apa bantahan dari penduduk Madinah maupun kota Makkah. Persetujuan yang tidak secara langsung itu, atau sekurang-kurangnya ketiadaan bantahan kepada perlantikkan itu dari lain-lain daerah di Hijaz, Yemen dan Farsi menyebabkan Mu'awiyah, yang sejak kematian Kalifah Uthman lagi pun telah bertungkus lumus merebut kedudukan itu, menjadi gempar. Tanpa melengahkan waktu, dia pun bertindak membuat penguguman mengecam perlantikkan Hasan dan memperhebatkan lagi gerakkan mengintip di sekitar bumi Islam.

Dengan angkatan dari Sham, Palastin dan Transjordan, Mu'awiyah akhirnya mara ke Iraq untuk menumpaskan Hasan. Sambil bergerak perlahan-lahan, utusan-utusan di kerahkan kepada Hasan memerintahkannya supaya mengalah sahaja kepadanya dengan diam. Dalam utusan-utusannya, Mu'awiyah tidak cuba menafikan kedudukan Hasan di sisi ugama sebagai cucu Rasulullah s.a.w. tetapi dengan beraninya dia membuat tomahan bahwa fakta itu bukanlah penentu samaada seseorang itu layak memegang pucuk pimpinan Kerajaan Islam. Prinsip ini sekaligus membawa kedepan apa yang selama ini hanya tersirat dalam hal pemerintahan tiga Kalifah pertama : pemisahan antara politik dari ugama Islam itu sendiri.

Apabila khabar tentang kemaraan angkatan Mu'awiyah ke Iraq diterima oleh Hasan, beliau pun segera menghantar Qays Sa'd

muka 34

   
     

Ubada al-Ansari, penyokong setia dan palinglima ulung Ali dengan 12,000 orang anggota sebagai barisan depan dan peninjau sementara menantikan ketibaan unit utama yang akan dipimpin oleh Hasan sendiri. Malangnya, nasib yang menimpa ayahandanya dulu kini melanda Hasan pula. Beliau mendapati penyokong-penyokongnya begitu liat dan malah tidak bersemangat untuk menggangkat senjata. Bila tentera dengan payah akhirnya dapat dikumpulkan juga, beliau pun tanpa berlengah terus mara ke Al-Mada'in.

Qays dan unit peninjaunya sementara itu telah sampai ke Maskin dan menghadapi angkatan Mu'awiyah. Malangnya agen-agen yang dikerah oleh Mu'awiyah berjaya menyusup kesegenap lapisan dikalangan kontingen yang dipimpin oleh Hasan dan Qays menyebarkan huru-hara dan hasutan-hasutan jahat mengenai Hasan menyebabkan penderhakaan dan pembelotan tercetus. Angkatan tentera Hasan yang terdiri dari penduduk-penduduk Iraq seperti pengecut pun melarikan diri masing-masing meninggalkan cucu Rasulullah s.a.w. itu sepertimana mereka belot dan meninggalkan Kalifah Ali dahulunya.

Hasan yang berusia 38 tahun dan kini ditinggalkan oleh mereka yang kononya pengokong-penyokongnya tidak mau tidak terpaksa berdamai dengan Mu'awiyah. Dengan beberapa syarat, beliau memindahkan kuasa buat sementara kepada Mu'awiyah yang telah menjangkau usia 58 tahun itu. Syarat-syarat itu termasuk persetujuan dari Mu'awiyah supaya memerintah mengikut Kitab Suci al-Qur'an dan Sunnah Rasulullah s.a.w., supaya tidak menganaia masyarakat, tidak mendera mereka yang telah ikhlas menyokong Ali dan bersetuju supaya jawatan Kalifah diserahkan balik kepada Hasan selepas kematian Mu'awiyah nanti. Tahun 41 Hijrah /

muka 35

 
 
   

660 Masehi itu lantas dikenali dengan nama 'Am al-Jama'a yang bermakna Tahun Kemasyarakatan yang merupakan tahun perdamaian antara dua pihak yang bercanggah selama ini : para penyokong Uthman yang kini diketuai oleh Mu'awiyah dan penyokong Ali yang kini bawah pimpinan Hasan yaini antara golongan Sunni dan Shi'ah. Seperti yang dilakukan oleh ayahandanya semasa pemerintahan Kalifah Abu Bakr, Umar dan Uthman, Hasan seterusnya meninggalkan Kufa dan bersara ke Medinah.

Mu'awiyah walau pun begitu sebenarnya tidak berhasrat mematuhi perjanjian yang telah dimeterinya dengan Hasan dan sebaliknya membuka jabatan-jabatan khas bagi mengubah hadis-hadis palsu bagi meninggikan di mata masyarakat tentang martabat Uthman dan sekaligus Bani Ummayah. Sesiapa yang menyibarkan hadis-hadis Bani Ummayah diberikan ganjaran yang lumayan. Mu'awiyah seterusnya memerintahkan supaya digubah hadis-hadis memuji mereka-mereka yang sezaman dengan Rasulullah s.a.w. dari kalangan suku sakatnya melebihi dan mengatasi apa sahaja kedudukan individu-individu yang tidak di sukainya terutamanya yang dari kalangan musuhnya Bani Hashim. Perjanjian yang telah dimeterai supaya jawatan kalifah diserahkan balik kepada Hasan selepas Mu'awiyah mati kelak juga sebenarnya janji palsu semata-mata. Mu'awiyah menaruh hasrat agar pangkat Kalifah kekal dalam cengkaman Bani Ummayah dan terus membuat persiapan melatik anaknya Yazid sebagai pewaris kuasa kelak.

Mu'awiyah tidak buta kepada sokongan yang terus diberikan kepada Hasan oleh masyarakat biasa yang terus mengganggapnya sebagai Imam atau pemimpin. Mencari jalan penyelesaian, Mu'awiyah mengupah Ja'da al-Ash'ath, salah

 
 
 


seorang dari isteri Hasan, dengan wang dan janji dikahwinkan kelak dengan Yazid supaya meracun suaminya. Akibat gejala itu, Hasan akhirnya meninggal dunia pada 28 haribulan Safar 50 Hijrah / 669 Masehi pada usia 58 tahun.

Sementara Mu'awiyah terus bertindak memulakan proses perlantikkan Yazid sebagai penggantinya bertolak dari kejayaannya meracun Hasan, salah seorang dari sahabat Rasulullah s.a.w. yang waraq bernama Hujr 'Adi al-Kindi bangun memimpin pemberontakkan menentang Ziyad Abi Sufyan, leftenen Mu'awiyah yang juga gabenor Kufa dan Basra. Hujr berpegangkan prinsip bahwa jawatan Kalifah tidak sah melainkan dijawat oleh ahli keluaraga Rasulullah s.a.w. dan memandang Mu'awiyah mutlak sebagai perampas kuasa. Hujr dan penyokong-penyokongnya bagaimanapun berjaya ditangkap dan dipenggal kepada masing-masing. Tindakan ini menyebabkan penduduk Kufa merasa dukacita. Mereka menghantar deligasi ke Madinah untuk bertemu Husain, adik Hasan yang kini merupakan ketua keluarga Rasulullah s.a.w. mendesaknya supaya memimpin mereka dalam revolusi bersenjata menumpaskan Mu'awiyah. Husain walau bagaimana pun terpaksa menolak demi menghormati perjanjian abangnya yang telah termeterai dengan Mu'awiyah.

Menggunakan taktik mengampu ataupun menguggut, Mu'awiyah berjaya mengumpul dari hampir setiap pelusuk, wakil-wakil kawasan yang melafazkan ikrar menerima perlantikkan Yazid sebagai pewaris jawatan Kalifah. Dia bagaimana pun gagal mendapat ikrar 4 orang tokoh terkemuka yaitu Husayn b. Ali, 'Abd Allah b. Umar, 'Abd Allah b. Zubayr and 'Abd ar-Rahman b. Abu Bakr, supaya menerima Yazid.

muka 37