HOME BAB : 1 2 3 4 5 6 7 8 9 10 11 12 13 14 15 16 17 18 19
  20 21 22 23

Bab 16 : IMAM ALI IBN MUSA AL-RIDA

Musa al-Kazim yang merupakan Wali dan Imam atau Pemimpin umat Islam dan pewaris ketujuh Rasulullah (saw) telah lebih awal menduga bahwa Kulafat 'Abbasid mempunyai rancangan jahat terhadap Imamat dan oleh kerana itu semasa hayatnya telah mengumumkan terlebih dahulu bahwa Ali Ibn Musa merupakan bakal penggantinya kelak dihadapan 71 orang tokoh ugama yang ternama.

Ali Ibn Musa al-Rida menjadi Imam pada usia 35 tahun selepas penganiayaan yang akhirnya menyebabkan terbunuhnya ayahandanya Musa al-Kazim di tangan Kalifah 'Abbasid bernama Harun al-Rashid. Tidak lama selepas kematian Harun ar-Rasid sendiri pada tahun 193 H / 809 M, tercetuslah perang saudara antara al-Amin dan al-Ma'mun, anak-anak Harun yang berkesudahan dengan kemenangan kepada al-Ma'mun pada tahun 198 H / 813 M.

Menyedari sokongan masyarakat ramai terhadap Imam, al-Ma'mun memerintahkan supaya Imam al-Rida datang ke ibukota Kalifah di Marv yang terletak di bahagian timur-laut Iran demi memperkukuhkan kuasanya dengan menawarkan Imam Ali Musa menjadi pewarisnya. Imam Ali al-Rida menolak keras tawaran itu tetapi terus dipaksa menerimanya dengan sindiran dari Kalifah bahwa keengganan tidak boleh menjadi pilihan baginya sepertilah ianya bukan pilihan untuk ahli-ahli majlis Shura yang dibentuk oleh Kalifah Umar al-Khatab dulu. Lantaran paksaan itu, Imam pun tidak ada pilihan lain. Beliau

muka 61

   
     


walau bagaimanapun mengetahui bahwa urusan itu sebenarnya tidak akan disempurnakan.

Perlantikkan Imam sebagai pewaris al-Ma'mun secara tidak langsung membuahkan hasil dalam bentuk kebebasan bagi para alim dan ulama malahan rakyat jelata yang sehingga itu dianaiya oleh Kulafat 'Abbasid semata-mata kerana berpegang kepada konsep Imamat sebagai pewaris Rasulullah (saw). Imam al-Rida sendiri kini mendapt ruang mendidik masyarakat tentang tafsir sebenar ayat-ayat suci al-Qur'an dan berusaha memupuk rasa takwa dan perihatin kepada kehendak Allah disamping menegur kesalahan yang dilakukan oleh Kalifah dalam urusan pentadbiran Kerajaan dan hidup peribadinya.

Satu hari, sebagai contoh, Imam ternampak al-Ma'mun mengambil air sembahyang dengan bantuan orang suruhan istana yang menyiramkan air ketangannya. "Wahai amirul mu'minin, janganlah membenarkan sesiapapun berkongsi (untuk meringankan beban sendiri) dalam urusan ibadatmu kepada Tuhanmu" tegur Imam al-Rida. Kalifah dengan marah kemudian menyuruh orang suruhan itu pergi dan menyempurnakan air sembahyangnya sendiri.

Di kalangan menteri-menteri di istana ada seorang yang bernama al-Fadl b. Sahl yang dikenali sebagai Penjawat Dua Jabatan kerana mengetuai urusan pentadbiran ketenteraan dan am kerajaan. Imam al-Rida yang perihatin tentang niat jahat beliau dan saudaranya seayah dan seibu yang bernama al-Hasan, sering menegur Kalifah tentang mereka bila saja mereka disebut oleh Kalifah demi menggalakkan Kalifah itu

muka 62

 
 
   



supaya jangan menerima syor-syor mereka yang sebenarnya berunsur tidak baik. Al-Fadl dan al-Hasan menyimpan motif untuk kepentingan diri sendiri dan berhasrat merenggangkan Kalifah dari Imam melalui usaha memburuk-burukkan nama Imam dan menakut-nakutkan Kalifah dengan laporan tentang sokongan yang Imam al-Rida punyai dikalangan rakyat jelata. Kalifah akhirnya termakan hasutan mereka dan mula menggubah rangcangan membunuh Imam al-Rida.

Sebelum rancangan itu mencapai penamat, Kalifah al-Ma'mun membuat keputusan untuk pergi dari Khurasan yang terletak di Iran menuju Baghdad. Dia turut diiringi oleh al-Fadl b. Sahl dan juga Imam al-Rida dan setiba mereka di salah satu perhentian, al-Fadl b. Sahl menerima sepucuk surat dari al-Hasan menggesanya supaya pergi ke rumah mandi untuk mandi membuang sial yang kononya telah ditelekkan kepadanya akan menimpa al-Fadl.

Al-Hasan mengesyorkan supaya al-Fadl memujuk Kalifah dan juga Imam al-Rida supaya turut sama ke rumah mandi. Imam al-Rida menolak pelawaan itu dan menggesa Kalifah pun berbuat begitu. Gesaan itu diterima oleh Kalifah. Al-Fadl pun pergi ke rumah mandi dan disitu rupa-rupanya dia diserang lalu dibunuh oleh satu kumpulan yang termasuk sepupunya sendiri. Anggota-anggota tentera, panglima-panglima perang dan penyokong-penyokong al-Fadl berkumpul dan menuduh Kalifah sebagai dalang dibelakang pembunuhan itu dan menuntut

 
 



supaya dendam berbalas. Apabila Imam al-Rida keluar atas rayuan Kalifah supaya mendamaikan pengamok-pengamok itu, mereka terus melarikan diri lintang pukang.

Kalifah walau bagaimanapun terus juga dengan hasratnya untuk membunuh Imam akibat kekecewaannya kerana gagal merosakkan moral Imam al-Rida dan juga kerana ketakwaan Imam al-Rida menyebabkan beliau mendapat semakin banyak sokongan. Di dalam buku berjudul Al-Kafi, diriwayatkan bahwa Kalifah memerintahkan supaya salah seorang dari orang suruhan istana menyimpan kukunya panjang dari biasa. Dia kemudiannya dipanggil dan perintahkan supaya menguli bancuhan seperti asam jawa. Bila Kalifah bertemu Imam al-Rida, dia mendesak supaya Imam minum air buah delima yang diperah oleh orang suruhan tadi. Imam pun minum lalu jatuh sakit. Al-Ma'mun kemudian mengambil buah kegemaran Imam yaitu anggur dan menyocok (racun) dengan jarum pada tangkainya dan memberikan anggur itu kepada Imam supaya di makan. Selang dua hari kemudian, Imam Ali b. Musa al-Rida pun meninggal dunia akibat diracun.

Kalifah al-Ma'mun merahsiakan berita kematian Imam al-Rida selama sehari semalam sebelum memanggil semua ahli keluarga Rasulullah (saw) datang menyaksikan dan menguruskan mandi jenazah dan mengapan jenazah Imam al-Rida. Imam mulia itu kemudiannya dikebumikan di sebuah kampong bernama Sanabad berhampiran Nawqan di daerah Tus yang kini dikenali dengan nama Mashad, tidak jauh dari kubur bapa Kalifah sendiri yaitu Harun al-Rashid yang juga penganiaya sebelumnya.

muka 64