HOME BAB : 1 2 3 4 5 6 7 8 9 10 11 12 13 14 15 16 17 18 19
  20 21 22 23

Bab 2 : RASUL ALLAH

Sebelum perlantikkannya sebagai Rasul Allah lagipun, Muhammad (saw) tidak pernah mempercayai politisma dan tidak menyenangi adat budaya kaumnya. Beliau malahan sering mengasingkan dirinya bertafakur ke bukit-bukit sekitar kota Makkah. Pada satu ketika, bila Muhammad (saw) berusia 40 tahun, semasa bersendirian di gua Hira, muncul Malaikat Jibrail kepadanya. Perintah Jibrail, "Bacalah!". Jawab Muhammad (saw) hairan, "Apa yang harus saya baca?". "Bacalah, Wahai Muhammad", sambung Jibrail dengan ayat-ayat yang merupakan lima Ayat pertama Surah 96 dari Kitab Suci Al-Qur'an, "Bacalah dengan Nama Tuhanmu Yang Menjadikan. Dia Menjadikan manusia dari segumpal darah. Bacalah dan Tuhanmu Maha Mulia, Mengajarkan (menulis) dengan pena, Mengajar manusia apa yang tidak diketahuinya". Lantas wahyu pertama dan perlantikan Muhammad (saw) sebagai Rasul Allah.

Yang terulung memeluk ugama Islam dan memyakini perlantikan Muhammad (saw) sebagai Rasulullah adalah isteri beliau yang mulia, Khadija dan anak saudaranya yang berusia 10 tahun, Ali bin Abu Talib yang dibesarkan oleh Rasulullah sendiri demi membantu pak ciknya yang mengalami kesempitan pendapatan. Dengan wahyu-wahyu seterusnya, Rasulullah (saw) berupaya mengajar mereka menyempurnakan ibadat solat yang merupakan asas hubungan manusia dan Tuhannya dan rahmat dari Penciptanya. Selama tiga tahun seterusnya, Rasulullah (saw) menyebarkan ugama secara

muka 4

   
     



sembunyi dan jumlah pengikutnya hanyalah 30 orang yang termasuk Abu Bakar dan Uthman, yang kemudian kelak menjadi kalifah pertama dan ketiga, Zayd ibn al-Harithah, anak angkat Rasulullah (saw) dan disetai oleh Talhah dan Zubair, semuanya tokoh-tokoh penting Sejarah Islam.

Selepas turunnya Surah 26 Ayat 214 yang berbunyi, "Dan peringatkanlah saudara maramu yang terdekat", Rasulullah menjemput 40 orang dari kaum keluarganya ke sebuah majlis. Di situ, buat pertama kalinya Rasulullah (saw) secara terbuka mengumumkan perlantikkannya sebagai Rasul kepada Yang Maha Pengasih dan menyeru mereka menyembah Tuhan Yang Esa. Tiga kali Rasulullah (saw) meminta mereka menghulurkan tangan membantunya dalam misinya tetapi hanya Ali yang bangun menghulurkan sumpah setia kepada baginda. Rasulullah (saw) lantas menyeru saudara maranya mematuhi Ali dan majlis bersurai dengan senda dan ejekan yang Abu Talib kini harus mematuhi anak remajanya, Ali.

Semenjak peristiwa itu, Rasulullah (saw) pun mula menyebarkan Islam kepada segenap lapisan masyarakat. Sewaktu berdiri di Bukit Safa umpamanya, yang kini sebahgian dari masjid Islam yang paling suci, Masjidul Haram di Makkah, Rasulullah (saw) bertanya samaada khalayak ramai yang berkumpul di kelilingnya mempercayainya. Bila mereka menyahut bahwa mereka belum pernah mendengar beliau berbohong, Rasulullah pun memanggil mereka menyerah diri kepada Ilahi. Namun begitu, salah seorang dari kaum kerabat Rasulullah (saw) sendiri bernama Abu Lahab, di sertai oleh

muka 5

 
 
   



isterinya, mengengkari panggilannya dan malahan menjadi musuh Islam yang paling ketat dan biadab. Dengan berkembangnya Islam, ketua-ketua Quraish menjadi bertambah benci. Ugama yang berasaskan Tuhan Yang Esa dan bukannya berhala-berhala yang disimpan di Ka'bah yang di bawah monopoli kuasa ketua-ketua Quraish itu merupakan ancaman kepada kepercayaan sesat dan sekaligus ancaman politik kepada mereka. Melalui Abu Talib, yang mereka tidak ketahui telah juga memeluk Islam, ketua-ketua Quraish cuba mengampu Rasulullah dengan menjanjikan baginda perlantikkan raja, sekiranya baginda melupakan sahaja perutusannya. Namun, Rasulullah tidak akan rela walaupun di letakkan matahari di tangan kanannya dan bulan di kirinya.

muka 6