HOME BAB : 1 2 3 4 5 6 7 8 9 10 11 12 13 14 15 16 17 18 19
  20 21 22 23

Bab 15 : IMAM MUSA IBN JA'FAR AL-KAZIM

Apabila tersibarnya berita kematian Imam Ja'far as-Sadiq, al-Mansur, Kalifah 'Abbasid yang memerintah mengerahkan gabenornya di Madinah menghadiri majlis pembacaan wasiat Imam tersebut untuk membunuh sesiapa sahaja yang dilantik menjadi Imam pengganti. Rancangan itu walau bagaimanapun tidak dapat dilaksanakan kerana kekeliruan yang tercetus akibat perlantikkan luar biasa 4 orang sebagai pentadbir wasiat yaitu Kalifah yang memerintah sendiri, gabenornya, 'Abdullah Aftah, anak lelaki sulong Imam Ja'far ketika itu dan Musa adiknya.

Imam Ja'far as-Sadiq telah menduga bahwa penguguman yang terus terang tentang siapakah pewaris mutlak beliau akan membawa bahaya kepada Imam penggantinya. Namun begitu, tidakkan itu juga mengakibatkan sesetengah umat Islam menyangka bahwa pewaris Imam Ja'far adalah 'Abdullah Aftah. Kumpulan lain pula berpegang teguh kepada sangkaan bahwa Imamat berpindah kepada Ismail, anak sulung Imam as-Sadiq yang telah meninggal dunia terlebih awal dari ayahandanya. Di kalangan keluarga rapat Imam, pewaris sebenar telah diketahuai yaitu Musa yang telah dilantik oleh Imam Ja'far sebagai penggantinya.

Imam Musa, anak Imam Ja’far as-Sadiq dari isterinya Hamida yang berketurunan Berber, berusia 20 tahun semasa ayahandanya meninggal dunia. Tempoh imamatnya menyaksikan antaran penganiayaan paling hebat keatas kaum Muslimin terutamanya yang mengikut mazhab Shiah, yaitu

muka 58

   
     


mereka yang mengiktiraf bahwa Rasulullah (saw) telah memerintahkan supaya umatnya mematuhi warisnya sebagai Wali dan Imam yaini Pemimpin mereka selepas baginda.

Pada awalnya Kalifah al-Mansur sibuk dengan urusan pembinaan Baghdad, ibukota 'Abbasid yang baru namun menjelang tahun 157 H, apabila Baghdad siap, penganiayaan Imam Musa pun bermula.

Setahun kemudian al-Mansur meniggal dunia dan digantikan oleh anaknya al-Mahdi yang pada mulanya tidak menghiraukan Imam Musa. Di Madinah pada tahun 164 H, al-Mahdi mula nampak sanjungan dan penghormatan yang dirasakan oleh rakyat jelata terhadap Imam Musa. Kalifah al-Mahdi memenjarakan Imam Musa di Bahdad sebelum melepaskannya setahun kemudian.

Menjelang tahun 169 H / 785 M, al-Mahdi diganti oleh al-Hadi sebagai Kalifah 'Abbasid. Selepas hanya setahun, al-Hadi meninggal dunia dan jawatan Kalifah jatuh pula ke tangan Harun ar-Rashid yaitu dalam tahun 170 H.

Menurut laporan, satu ketika berhampiran Madinah dalam perjalanan ar-Rashid mengerjakan Haji, pembesar-pembesar dikalangan penduduk kota itu keluar beramai-ramai mengalu-alukan ketibaannya. Imam Musa menunggang baghal turut keluar tetapi diherdik olehseorang pembesar bernama al-Rabi. "Apa? Dengan binatang inikah kamu keluar menyambut Amirul Mu'minin (Kalifah Harun)? Kalau kamu mengejar sesuatu dengannya, takkan tersampai dan kalau kamu dikejar, takkan

muka 59

 
 
   

dapat melarikan diri" kata al-Rabi.

"Binatang ini tidak membawa keangkuhan seperti kuda dan kehinaan seperti keldai dan urusan yang paling baik ialah yang sederhan" jawab Imam Musa. Bila Harun ar-Rashid masuk ke Madinah beliau pun pergi menziarahi (makam) Rasulullah (saw). Rakyat jelata turut mengiringinya. Apabila sampai ke makam, ar-Rashid lalu berkata, "Salam kepadamu, ya Rasul Allah! Salam kepadamu ya anak saudaraku" untuk memegahkan dirinya dikhayalak ramai. Imam Musa pun muncul kehadapan dan berkata "Salam kepada mu, ya Rasul Allah! Salam, wahai ayahanda." Air muka Ar-Rashid berubah dan kemarahannya tersurat jelas.(Rujukkan: Al-Kafi I, 507, Riyawat No.4)

Penganiayaan umat Islam yang memegang teguh kepada Imam sebagai pewaris Rasulullah (saw) dan bukannya kepada Kalifah-Raja mencapai tahap paling teruk semasa pemerintahan Harun ar-Rashid. Beratus-ratus orang dibunuh dan Imam Musa sendiri ditangkap dan dibawa ke Baghdad untuk dibunuh. Walau bagaimanapun, Harun membebaskan Imam Musa pada saat-saat terakhir. Ada laporan mengatakkan bahwa tindakkan itu disebabkan Kalifah mendapat sesuatu mimpi. Namun tidak lama kemuadian Imam Musa ditangkap semula.

Selama 6 tahun Imam Musa kemudian dipenjarakan dan akhirnya pada 25th Rajab 183 H selepas 35 tahun sebagai Imam, beliau meninggal dunia akibat diracun. Jenazah beliau dipamerkan oleh Harun di jambatan di Baghdad dalam usaha Kalifah mengelakkan tersibarnya khabar angin bahwa Imam Musa berjaya melepaskan diri dan hidup terselindung. Imam Musa al-Kazim yang bermakna 'Yang menelan marahnya', dikebumikan oleh pengikut-pengikut setianya di al-Kazimiyyah berhampiran Baghdad.

muka 60