HOME BAB : 1 2 3 4 5 6 7 8 9 10 11 12 13 14 15 16 17 18 19
  20 21 22 23

Bab20 : IMAM AL-MAHDI

Kelahiran seorang Imam dari Keturunan Rasulullah (saw) yang akan membawa keadilan ke muka bumi telah diriwayatkan oleh junjungan tinggi itu sendiri dan juga oleh imam-imam terdahulu dan tersurat di dalam kitab-kitab Hadis seperti as-Sahih Abu Daud, as-Sunan Ibnu Majah dan al-Kafi Ash-Shaykh al-Kulayni. Manakala umat Islam Ahli Sunnah mempercayai bahwa Mahdi belum dilahirkan lagi, umat Islam Shi'ah menegaskan bahwa beliau yang dimaksudkan ialah Muhammad ibn al-Hasan, anakanda kepada Imam kesebelas. (Rujukan dari pihak Ahli Sunnah mengenai Mahdi: Abu Daud Sahih Bab 5/207, Bab 2; Ibn Majah Sahih Bab 2; Ibn Hajar al-Sawa'iq al-Muharriqah; Ahmad b. Hanbal Musnad Bab 3, Yanabi'al-Mawadda Bab 2)

Al-Mahdi, yang bermakna Yang Di bawah Petunjuk juga dikenali dengan nama Al-Qa'im, yaitu Yang Akan Bangun dilahirkan oleh ibu yang berasal dari Baizantin bernama Nargis di Samarra Iraq pada malam 15 Sha'ban tahun 255 H / 869 M dan dibesarkan secara rahsia di bawah didikan ayahandanya Hasan al-Askari, Imam kesebelas. Sebelum kelahirannya itu lagi sudah pun menjadi pengetahuan umum bahwa Imam keduabelas nanti akan berada dalam keadaan ghaib dalam dua peringkat: a) Ghaybat-i Sughra or Ghaib Kecil yang lebih pendek jangka masanya bermula dari tarikh kelahirannya sehingga akhir tempoh perwakilan terus menerus atau Sifara antaranya dan umat Islam sekelian; b) Ghaybatu'l-Kubra atau Ghaib Besar dari tamat tempoh perwakilan terus yaini Sufara sehingga kemunculannya di akhir zaman.

muka 64

   
     



Bila ayahanda kepada Imam Muhammad ibn al-Hasan meniggal dunia pada tahun 260 H, Imam Mahdi berusia 5 tahun dan hanya pernah dilihat oleh mereka-mereka yang paling rapat kepada ayahandanya. Sebagai Imam ke 12, Imam Mahdi kemudiannya berhubung dengan pengikut-pengikutnya semasa Ghaybat-i Sughra yang berlarutan sehingga tahun 329 H / 940 M semata-mata melalui empat orang timbalan atau na'ib yang silih berganti dan hidup tersembunyi dari khayalak ramai. Timbalan yang pertama itu bernama ‘Uthman Sa’id al-‘Amri, salah seorang dari pengikut ayahanda dan datuknya. Selepas Uthman, anaknya Muhammad dilantik menjadi timbalan dan beliau diikuti oleh Abu 'l-Kasim al-Husain ibn Ruh an-Nawbakhti dan akhir sekali Ali ibn Muhammad as-Samuri. Melalui perantaraan timbalan-timbalan ini, Imam menjawab soalan-soalan yang diajukan dan tuntutan-tuntutan yang dbuat kepada beliau oleh masyarakat.

Pada tahun 329 H / 939 M setelah menduga bahwa timbalannya Ali ibn Muhammad as-Samuri akan meniggal dunia dalam masa enam hari, Imam Mahdi mengeluarkan pengistiharaan bahwa perwakilan terus akan berakhir dengan kematian itu dan bermulanya Ghaybatu ‘l-Kubra. Tepat seperti yang diramalkan, as-Samuri meniggal dunia enam hari kemudian dan sehingga ke zaman moden hari ini, kemunculan semula Imam Mahdi dinanti-nanti sepertimana dinantikan kemunculan semula Isa anak Mariam berikutnya.

Menurut riwayat di dalam Bihar al-Anwar Bab 52, Imam keenam berkata "..Hal keghaiban adalah antara rahsia Allah dan

muka 65

 
 
   



merupakan perkara yang tersembunyi yang ilmu mengenainya hanyalah milikNya. Oleh kerana kita menganggap bahwa Allah Maha Bijaksana, kita perlu juga meyakini bahwa perkara-perkara yang dilakukan oleh Allah berpandukan KebijaksanaanNya itu, walaupun kefahaman menyeluruh tidak kita miliki."

Kalau kefahaman menyeluruh tidak kita miliki, namun ada riwayat-riwayat lain yang menyentuh secara am tentang kepentingan keghaiban. Antaranya :1) Riwayat dari Imam Musa Kazim yang menyebut;"Bila keturunan kelima dari Imam ketujuh ghaib, berhati-hatilah tentang Iman kamu. Semoga Allah melindungkan dari sesiapa menjauhkan kamu dari ugamamu. Oh anakku! Tanpa was-was lagi, Ketua Pemerintah akan ghaib sehinggakan sekumpulan umat Islam akan meninggalkan ugama. Allah akan menguji Mukminin dengan keghaiban (Imam mereka)". [Ibid., Bab 52 muka 113]

 

 
 
 



2) Imam Ali al-Rida meriwayatkan; "Aku nampak pengikutku selapas kematian keturunan ketiga selepasku (Imam Hasan Askari) mencari kesana kesini dan tidak menemuinya."(Orang yang melapurkan riwayat itu) bertanya kepada beliau sebab musabab ianya berlaku. Jawabnya:"Kerana Imam mereka akan ghaib." Saya terus bertanya tentang keghaiban tersebut. Dia menjawab:"Ini ialah supaya bila dia muncul semula, dia berkeadaan tidak pernah memberi sumpah ketaatan kepada sesiapa pun sebelumnya"[Ibid., Bab 51 muka 153].

Kefahaman Islam menurut mazhab Shi'ah sentiasa berteraskan perkara yang dapat dicari contohnya dari Kitab Suci al-Qur'an sendiri. Dalam hal keghaiban ini, kisah Nabi Khidir (as) yang Ahli Sunnah turut mempercayai ghaib menjadi rujukkan manakala persoalan tentang manusia mempunyai usia yang panjang, Kitab al-Qur'an menyebut bagaimana Nabi Nuh hidup selama 950 tahun.

Di dalam Kitab al-Irshad tulisan Shaykh al-Mufid dan Kashf al-Ghumma diriwayatkan bahwa Imam Sadiq menyebut: "Bila Qa'im kita timbul semula, beliau akan menyeru manusia kepada Islam sekali lagi, membimbing mereka kepada perkara lama yang telah ditinggalkan manusia. Dia akan dikenali dengan nama Mahdi kerana dia akan memandu manusia ke perkara yang telah terpisah dari mereka. Dia akan dikenali dengan nama Q'im kerana dia akan diperintahkan supaya menegakkan kebenaran."

Kitab al-Irshad turut meriwayatkan bahwa: (Imam al-Rida) berkata: ‘" Perkara yang membuat kamu memanjangkan leher

muka 67

   
 
   



tidak akan berlaku sehinggalah kamu akan mampu membuat penilaian dan ujian. Hanya segelintir dari kamu yang akan tinggal." Beliau seterusnya melafaz:"Alif Lam Mim. Apakah manusia akan dibiarkan sendiri setelah menyebut, Kami percaya, tanpa mereka diuji?" [Kitab Suci al-Qur’an Surah 29 Ayat 1 dan 2] Katanya: "Antara pertanda bahwa perkara yang melegakan itu akan berlaku ialah peristiwa yang akan terjadi di antara dua masjid (di Makkah dan Madinah). Si polan dari keturunan si polan akan membunuh 15 pemimpin Arab"'.

Untuk rujukkan selanjutnya sila lihat : http://www.al-islam/mahdi/nontl/chap-1.htm#three .

muka 68