HOME BAB : 1 2 3 4 5 6 7 8 9 10 11 12 13 14 15 16 17 18 19
  20 21 22 23

Bab 10 : YAZID DAN KESYAHIDAN IMAM HUSSEIN

Pada bulan Rajab 60 H / March 680 M, Mu’awiyah meninggal dunia pada usia 77 tahun. Berbeza dengan perlantikkan Kalifah-Kalifah sebelumnya, Yazid kini mengambil alih jawatan itu sebagai warisan dari bapanya yang telah mengatur rancangan rapi berserta cengkaman ketenteraan ke atas Dunia Islam menghasilkan pemindahan kuasa yang berjalan lancar kepada Yazid. Yang menjadi penghalang penting kepada penyerangkupan menyeluruh oleh Yazid ialah keengganan empat orang tokoh utama dari tabi'un atau generasi kedua selepas Rasulullah s.a.w. mengiktirafinya.

Sebelum berita kematian Mu'awiyah itu sempat merebak sepenuhnya dikalangan masyarakat umum, Yazid tanpa berlengah-lengah memerintahkan gabenor Madinah, Al-Walid b. 'Utba supaya memaksa empat orang tadi yaitu cucu Rasulullah s.a.w. Hussein b. Ali, 'Abd Allah b. az-Zubayr, 'Abd Allah b. 'Umar dan 'Abd ar-Rahman b. Abi Bakr memberi sumpah setia kepadanya demi mengukuhkan kedudukannya. Bila perintah supaya datang mengadap sampai ke tangan 'Abd Allah b. az-Zubayr, dia mengelakkan dirinya dengan bertolak ke kota Makkah manakala Hussein cucu Rasulullah s.a.w. pula mencabar agar upacara bay'a atau angkat sumpah itu dilakukan dikalayak ramai. Marwan al-Hakam membuat syor supaya cucu Rasulullah s.a.w. itu di tangkap dan dipenggal sahaja kepalanya tetapi az-Zubayr tidak tergamak dan membiarkan Hussein. Demi mengelak konfrantasi selanjutnya, dua hari kemuadian Hussein berlepas ke Makkah. Berita

muka 38

   
     


kematian Mu'awiyah menyemarkkan semula semangat rakyat untuk bangun memberi sokongan kepada Hussein. Sokongan bukan sahaja dijanjikan oleh penduduk Makkah yang menyambutnya dengan meriah tetapi juga dari penduduk Kufah. Mereka menghantar utusan-utusan menjemput Hussein menjadi Imam atau pemimpin mereka.

Demi memastikan yang penduduk Kufah kini telah benar-benar bertekad untuk menghulukan sokongan sepenuhnya, Imam Hussein menghantar saudaranya Muslim b. 'Aqil untuk pergi merisik. Apabila mendapat kepastian dan keyakinan tentang sokongan itu, Muslim pun menghantar utusan kepada Imam Hussein supaya datang ke Kufah dan memimpin penduduknya.

Yazid mendapat tahu tentang kehadiran Muslim di Kufah dan janji sokongan yang berjaya diperolehinya dan terus menghantar orang kuatnya bernama 'Ubayd Allah b. Ziyad yaitu gabenor Basra untuk mengambil tindakkan sewajarnya. Setibanya di Kufah, 'Ubayd Allah mengumumkan bahwa sesiapa yang bersimpati kepada Imam Hussein akan dibunuh dan rumah mereka dibakar dan segala harta benda dirampas. Dia menangkap dan memancung kepala Muslim menyebabkan penduduk Kufah menjadi gementar.

Sementara itu di Makkah, para jemaah mula tiba bagi mengerjakan ibadat Haji. Imam Hussein mendapat tahu bahwa Yazid telah mengerahkan agen-agennya yang menyamar sebagai jemaah Haji untuk membunuh beliau. Demi mengelakkan pertumpahan darah yang akan mencemarkan upacara Haji yang suci, Imam Hussein meninggalkan Makkah

muka 39

 
 
   


pada 8 haribulan Dhul-Hijja 60 H / 10 September 680 M, yaitu hanya sehari sebelum upacara Haji bermula.

Dalam perjalanan ke Kufah bersama Kafilah yang terdiri dari 50 orang lelaki dan juga sekumpulan wanita dan kanak-kanak dari kerabat dan penyokong Rasulullah s.a.w., Imam Hussein mendapat tahu bahwa jalan utama ke sana telah dipintas oleh tentera Umayyah. Di sebuah tempat bernama Ath-Thl'libiya, beliau mendapat berita tentang kematian Muslim; di Zubala Imam Hussein mendapat khabar bahwa utusan yang dihantarnya untuk memberitahu penduduk Kufa tentang ketibaanya telah juga dibunuh dengan kejam. Bila mendapat tahu bahwa satu unit tentera telah juga di hantar mengawal tempat bernama Al-Qadisiya, Imam Hussein melencong mengambil jalan simpang tetapi dipintas oleh Hurr b. Yazid at-Tamimi dan askarnya berjumlah 1,000 orang.

Hurr tidak tergamak berbuat apa-apa untuk menganiayi apa lagi membunuh cucu kesayangan Rasulullah s.a.w. dan hanya sekadar menekori Imam Hussein yang terus mara. Pada 2 haribulan Muharram 61 H / 2 October 680 M, Imam Hussein membuat perkemahan di Dataran Karbala. Keesokkan harinya Umar b. Sa'd tiba dengan satu lagi unit tentera tambahan berjumlah 4,000 orang memperkuatkan tentera yang dipimpin oleh Hurr.

Walaupun Umar b. Sa'd mendera Imam Hussein dengan menghalang kafilahnya mendapatkan air dari sungai yang berhampiran, Umar Sa'd tidak menyerang pihak Imam Hussein dan berlengah-lengah mengharapkan perdamaian akan dicapai.

muka 40

 
 
 

Utusan dari 'Ubayd Allah b. Ziyad kemudian sampai dibawa oleh Shamir yang memerintahkan supaya Umar b. Sa'd samaada menyerang atau menyerahkan sahaja kepimpinan kepada Shamir.

Melihat Umar Sa'd bersiap sedia untuk menyerang, Imam Hussein menghantar adik tirinya 'Abbas meminta ditangguhkan semalam. Imam Hussein sedar bahwa harga yang perlu dibayarnya demi memberi nafas semula kepada semangat dan minda keislaman sejati seperti yang tercatit dalam Kitab Suci al-Qur'an dan Sunnah datuknya Rasulullah s.a.w. ialah nyawanya sendiri.

Dari 50 orang yang mengikuti kafilah Imam Hussein dari Makkah lagi ditambah pula mereka-mereka yang berjaya sampai menyertainya dari Kufah, yang turut sama dalam perjalanan dan juga dari tentera Umayyad yang beralih ke pihak Imam, hanya beberapa orang sahaja yang meninggalkannya dan jumlah tentera Imam Hussein akhirnya berjumlah 72 orang.

Pada 10 haribulan Muharram hari yang dikenali sebagai al-Ashura, satu demi satu angkatan tentera cucu Rasulullah s.a.w. tumbang syahid di bumi Karbala. Jenazah-jenazah mereka kemudiannya dibogelkan dan kepala masing-masing dipancung. Sinan b. Anas memenggal kepala cucu Rasullah sementara Khawali b.Yazid al-Asbahi membawanya ke Kufah. Jenazah-jenazah tidak berkepala itu dibiarkan sahaja di medan pertempuran sehinggalah 12 haribulan Muharram bilamana mereka dikebumikan oleh penduduk-penduduk kampong Ghadiriya yang terletak berhampiran setelah tentera Umayyad berangkat pulang. Tentera Umayyad berarak menuju Kufa dengan 72 biji kepala dicocok ke hujung lembing yang di bawa

muka 41

   
   


oleh 72 orang askar, diikuti dengan kaum perempuan yang kain hijab mereka ditanggalkan berserta kanak-kanak dari keluarga Rasulullah s.a.w. kesemuannya kini menjadi orang tahanan. Ini termasuklah Ali, anak Imam Hussein yang berusia 22 tahun yang sakit teruk dan tidak dapat mengangkat senjata untuk bertempur, anak Ali yang berusia empat tahun bernama Muhammad, Hasan al-Muthanna anak Hasan b. Ali b. Abi Talib dan Zainab, puteri Ali b. Abi Talib.

Selepas dipertontonkan dikhalayak ramai di Kufa, kepala Imam Hussein dan tahanan-tahanan itu dibawa ke Damsyik untuk dipersembahkan kepada Yazid dalam upacara mewah di istananya. Yazid tanpa sebarang perasaan keinsafan atas kekejamannya membunuh Imam Hussein, turut berlaku kasar terhadap para tahanan yang dipenjarakannya selama setahun. Setelah dibebaskan, ahli-ahli keluarga Rasulullah s.a.w. singgah menziarah bumi Karbala sebelum bertolak ke Madinah.

Sepanjang pemerintahannya sebagai Kalifah, Yazid terus mempamirkan sikap biadabnya terhadap Islam yang menyebabkannya terkenal sejak sebelum bapanya meninggal dunia lagi. Kalau jawatan Kalifah itu masih boleh dikatakan mempunyai simbol keislaman, tingkah laku Yazid memastikan bahwa jawatan Kalifah sebenarnya semata-mata sistem kesultanan.

muka 42