HOME BAB : 1 2 3 4 5 6 7 8 9 10 11 12 13 14 15 16 17 18 19
  20 21 22 23

Bab 4 : MADINAH DAN PEPERANGAN JIHAD

Selepas bertahun-tahun dianayai di Makkah, Rasulullah (saw) dan kaum Muslimin memulakan hidup baru dengan hijrah ke Yathrib. Kaum Muslimin yang berhijrah itu digelar Muhajirun manakala penduduk Yathrib dinamakanl kaum Ansar yang bermakna 'mereka yang membantu membawa kemenangan'. Yathrib pula kini di gelar Madinat ul-Nabi, 'Bandar Rasulullah'. Di sana Rasulullah bukan sahaja membina asas masjid yang sehingga kini dipanggil Masjid Nabi, tempat kedua paling suci bagi Islam, malahan juga mengasaskan jalinan persaudaraan Islam.

Kaum Quraish Makkah bagaimana pun tidak juga menghentikan muslihat mereka tehadap kaum Muslimin dan kini mengenakan embargo ekonomi ke atas Madinah, menghalang kafilah-kafilah membawa makanan dan keperluan ke sana di samping bersubahat dengan puak-puak di sekitar Madinah, dengan apa cara sekali pun untuk menghancurkan penduduk Madinah.

Pada tahun kedua Hijrah, yaitu 15 tahun selepas tarikh perlantikkan Muhammad sebagai Rasulullah (saw), barulah keluar angkatan Islam untuk bertempur dengan puak Makkah. Perang Jihad yang pertama di dalam Islam ini dikenali sebagai peperangan Badar. Walaupun dengan angkatan yang amat kecil, yaitu sepertiga dari angkatan musuh, umat Islam mengecap kejayaan cemerlang. Dalam tahun yang sama juga, pada hari pertama bulan kedua belas kalender Islam, sepupu

muka 10

   
     


Rasulullah (saw), Ali di satukan dengan puteri baginda bernama Fatimah. Puak Quraish diketuai oleh Abu Sufyan menyimpan dendam akibat kekalahan di Badar dan keluar pada tahun berikutnya untuk menghancurkan Islam. Peperangan tercetus di Uhud dalam mana kaum Muslimin melanggar perintah Rasulullah supaya jangan meninggalkan tempat masing-masing apabila mereka menyangka bahwa puak Quraish telah ditewaskan.Tindakan mereka itu menukar arus pertempuran dan menyebabkan kekalahan kepada kaum Muslimin dan tertumbangnya pahlawan Islam, Pak Cik Rasulullah (saw) sendiri bernama Hamza, orang yang pertama menjadi pembawa bendera angkatan Islam. Tetapi anehnya, puak Quraish kemudiannya berpatah balik dan pulang ke Makkah tanpa kemenangan sepenuhnya.

Akibat dari usaha-usaha satu Bani Yahudi bernama Bani Nazir pergi mengampu penduduk Makkah, puak Quraish keluar sekali lagi pada tahun kelima Hijrah untuk menghancurkan kaum Islam dalam peperangan yang dinamakan Khandak sempena dengan parit yang diperintahkan Rasulullah (saw) supaya di bina mengelilingi kota Madinah sebagai pertahanan. Ianya terbukti berkesan dengan berundurnya angkatan Quraish tanpa sebarang keputusan selepas beberapa lama mengepung Kaum Muslimin.

Bani Qurazah, dengan memberi pertolongan kepada puak Quraish yang mengepong Madinah semasa Peperangan Khandak, telah menlanggar perjanjian yang mereka buat dengan Rasulullah (saw). Akibat dari itu Rasulullah (saw) dengan angkatan Islam mengepung Bani Qurazah dan

muka 11

 
 
   


menyebabkan mereka menyetujui, selepas 25 hari dikepung kepada perlantikkan Sa'ad Ma'az, orang yang di hormati di kalangan mereka, sebagai pelerai dalam konferantasi itu. Mereka menyanka yang Sa'ad akan berlaku berat sebelah dan menyalahkan kaum Muslimin. Sa'ad walau bagaimanapun menetapkan bahwa semua askar Bani Qurazah di bunuh.

Dengan tersibarnya Islam ke seluruh pelusuk Semenanjung Arab, Rasulullah (saw) menghantar utusan kepada negara-negara jiran menjemput pemerintah-pemerintahnya kepada ugama Islam yang suci. Ini termasuklah perutusan kepada Khusroe, Maharaja Farsi, Haqil, Maharaja Baizentin dan Maharaja-maharaja Habshah dan Kopt.

Selepas enam tahun di Madinah, Rasulullah (saw) membuat hajat untuk menyempurnakan ibadat Haji ke kota Makkah. Puak Quraish bagaimana pun memintas dan mehalang rombongan jemaah Islam dari memasuki Makkah. Perjanjian Hudaibiah ditanda tangani dalam mana pihak Muslim bersetuju berpatah balik manakala puak Quraish mesti mengizinkan mereka menyempurnakan upacara Haji mereka pada tahun berikutnya.

Sementara itu, di kubu bernama Kaibar, puak Yahudi meneruskan kempen penghasutan dan propaganda membenci

 
 


kaum Muslim. Rasulullah (saw) menyerang kota itu pada tahun ke tujuh Hijrah. Disebabkan mereka adalah Ahli Kitab mereka dikenakan membayar wang pampasan bernama Jizyah menandakan tunduk mereka kepada kerajaan Islam yang telah di bentuk di Madinah. Pada penghujung tahun itu, seperti yang telah dipersetujui dalam Perjanjian Hudaibiah, kaum Muslimin masuk ke Makkah yang di kosongkan oleh Puak Quraish untuk menyempurnakan ibadat Haji. Terpegun dengan sopan santun, budi pekerti dan kewarakkan Rasulullah (saw), ramai tokoh-tokoh penting Makkah termasuk panglima tentera yang terkemuka Quraish, Khalid ibn Walid, memeluk Islam.

Walau pun membenarkan kaum Muslimin mengerjakan ibadat Haji seperti yang telah diperutukkan, puak Quraish melanggar janji yang telah termeterai dalam Perjanjian Hudaibiah terutamanya persetujuaan untuk tidak membantu memerangi puak-puak yang bersekutu dengan masing-masing pihak. Puak Qurasih telah memberi pertolongan kepada Bani Bakr menghancurkan kaum Khaz'ah yang bersekutu dengan kaum Muslimin. Lantas pada tahun ke lapan Hijrah, Rasulullah (saw) dengan angkatan yang besar keluar untuk menawan Makkah.

Dengan rancangan yang canggih, Rasulullah (saw) berjaya masuk ke kota Makkah dan menawan bandar itu. Ka'bah di bersihkan dari segala jenis berhala dan disucikan untuk ibadat kepada Tuhan Yang Esa. Walaupun patung-patung dihancurkan, Rasulullah (saw) mengeluarkan patung yang dibuat sebagai simbol Nabi Isa (as) dan ibunya Mariam yang suci dan malahan tidak menghancurkannya, sebagai tanda hormat kepada penganut-penganut Kristian yaitu Ahli Kitab.

Setelah menyempurnakan segala urusan di Makkah, Rasulullah

muka 13

 
 
   



(saw) mengerahkan angkatan Islam berjumlah 12,000 orang untuk menghadapi kaum Hawazin dari kawasan tengah Semenanjung Arab, di Hunain. Selepas pertempuran yang sengit, mereka pun ditewaskan manakala di Taif pula penduduknya menyerahkan diri sahaja kepada angkatan Islam tanpa mengangkat senjata.

Menjelang tahun kesembilan Hijrah, hajat Rasulullah (saw) untuk menyatukan Semenanjung Arab dibawah perlindungan Kerajaan Islam pun akhirnya tercapai. Ramai utusan dari puak-puak dari segenap pelusuk Semenanjung datang memberi sumpah taat kepada Kerajaannya. Dalam hayat beginda, banyak kawasan termasuk Yemen, Bahrin dan Oman memeluk Islam.

 

 

 

muka 14