HOME BAB : 1 2 3 4 5 6 7 8 9 10 11 12 13 14 15 16 17 18 19
  20 21 22 23

Bab 23 : ABAD KE-15 HINGGA 17 MASEHI

Bahagian penghujung dalam cerita sejarah Islam merupakan waktu di mana dunia Islam itu diperintah oleh 3 dinasti utama: Dinasti Safavid di Iran; Dinasti Mughal di India; dan Dinasti Ottoman di Anatolia, bumi Arab dan sejumlah besar kawasan timur Eropah.

Dinasti Ottoman telahpun menguasai keseluruhan Anatolia dan sebahagian dari Eropah timur sebelum tahun 1453 M lagi bila mereka menawan Konstantinopel ( yang kemudiannya di kenali dengan nama Istanbul ) yang dijadikan ibukota empayar. Namun begitu abad ke-15 merupakan zaman keemasan Dinasti Ottoman. Empayar Mamluk kecundang di tangan mereka pada tahun 1517 M dan menjelang pertengahan abad ke-16, kerajaan Ottoman telah meliputi bahagian tengah benua Eropah sehinggalah ke Lautan Hindi. Empayar itu mencapai mercu kekuatan ketenteraan dan politik dibawah pemerintahan Sultan Sulayman Yang Mulia ( memerintah 1520 - 66 M ) dan angkatan tenteranya berjaya mara jauh ke sebelah barat sehingga Vienna. Semasa pemerintahan beliau juga terdapat banyak pencapaian penting dari segi seni bina Ottoman terutamanya masjid-masjid besar yang tiada tolok banding dan istitusi-institusi keagamaan yang dibinanya di Istanbul.

Kekuasaan Ottoman mula merosot, walau bagaimanapun selepas kematian Sulayman dan buat pertama kali angkatan tentera Ottoman mengalami kekalahan besar-besaran di tangan orang-orang Eropah yang terus mengatasi mereka dari segi

muka 77

   
     



ketenteraan dan kekuatan ekonomi pada abad yang ke-17 M. Empayar Ottoman akhirnya dipecahkan berikutan kekalahan mereka dalam Perang Dunia Pertama selepas mana cuma Anatolia yang kekal dibawah pemerintahannya.

Kesebelah timur, Iran mula disatukan pada awal abad ke-15 M semasa pemerintahan Dinasti Safavid yang berasal dari keturunan Shaykh Safi al-Din Ardibili ( mati 735 H / 1334 M ) yaitu seorang Sufi yang menubuhkan sebuah kumpulan Sufi bernama Dervish di Ardibili yang terletak di sebelah barat-laut. Pemuda yang berkarisma bernama Isma'il Safavid merampas kuasa dari Aq Quyunlu pada tahun 1501 M dan diistiharkan sebagai Shah Safavid yang pertama. Isma'il menjadikan Tabriz sebagai ibukotanya dan mejadikan Islam dibawah mazhab Shi'ah sebagai ugama resmi negara Safavid yang meliputi hanya sekadar daerah Azerbaijan. Namun begitu, selang seabad kemudian, keseluruhan Iran telah berada dibawah pemerintahan Safavid.

Pemerintah Safavid yang paling terkenal merupakan Shah 'Abbas ( memerintah 1587 M - 1629 M ) yang mewarisi sebuah kerajaan yang penuh dengan masaalah politik, ekonomi dan ketenteraan. Sebahagian dari reformasi politik dan kewangan yang diambilnya ialah memindahkan ibukota Safavid ke Isfahan yang terletak di bahagian selatan Iran dan di situ beliau membina sebuah bandar baru yang bersambung kepada kota lama. 'Abbas juga menggalakkan perdagangan dengan Eropah yang menerima ekspot sutera Iran disamping permaidani, kain

muka 78

 
 
   



tenunan dan bahan-bahan tembikar. Di bawah pemerintahan 'Abbas, Iran mencapai mercu baru dari segi kekuasaan, kemakmuran dan kemewahan dan walaupun pengganti-pengganti beliau gagal mencapai tahap kejayaan yang sama, mereka meneruskan tradisinya buat seabad lagi sehinggalah tertumbangnya Dinasti Safavid pada tahun 1732 M.

muka 79