HOME BAB : 1 2 3 4 5 6 7 8 9 10 11 12 13 14 15 16 17 18 19
  20 21 22 23

Bab 17 : IMAM MUHAMMAD IBN ALI AL-JAWAD AT-TAQI

Imam dan Mawla atau Pemimpin kesembilan bagi umat Islam yang diperintahkan oleh Rasulullah (saw) supaya dipatuhi bertolak dari peristiwa di Ghadir Khum semasa Haji Penghabisan baginda, bernama Muhammad Ibn Ali al-Jawad at-Taqi yaitu anak yang dilahirkan oleh Sabikah, pengasuh rupawan berbangsa Nubiah. Muhammad al-Jawad yang dilahirkan pada bulan suci Ramadan tahun 195 H / 811 M di Madinah dilantik menjadi pewaris Imamat selepas ayahandanya Imam Ali Ibn Musa al-Rida semenjak beliau masih kanak-kanak.

Bagi mereka yang curiga disebabkan usianya yang begitu muda dan tidak yakin atau tidak percaya bahwa pada usia tersebut kebijaksanaan yang perlu dimiliki oleh bakal Imam sudah boleh tersempurna, Imam al-Rida mengingatkan yang Isa anak Maryam (as) dilantik menjadi nabi dan rasul oleh Allah pada usia yang lebih muda. Apabila ayahandanya meninggal dunia akibat diracun, Imam Muhammad at-Taqi berusia cuma 8 tahun.

Kalifah 'Abbasid terdahulu lagi telah memaksa ayahanda kepada Imam Muhammad at-Taqi, semasa hidupnya, menjadi bakal pengganti Kalifah demi memperkukuhkan empayarnya dengan meraih simpati dan sokongan orang-orang Farsi yang cenderung kepada Ahl'l Bait, yaitu Keluarga terdekat Rasulullah (saw) dan disamping itu sokongan dan simpati dari kaum

muka 65

   
     



Muslimin mazhab Shi'ah yang lain secara keseluruhannya. Dengan perlantikkan tersebut, Kalifah menaruh harapan agar Imam al-Rida akan memberi bantuan dalam muslihat politiknya dan demi mencapai matlamat tersebut turut juga mengahwinkan saudara perempuannya bernama Umm Habibah kepada Imam al-Rida .

Bila menyedari yang Imam walau bagaimanapun tidak dapat dipengaruhinya dan rakyat jelata pula semakin sayang kepada beliau, al-Ma'mun melaksanakan rancangan meracun Imam dan selepas itu memindahkan pula tumpuan kepada anakanda Imam al-Rida yang dikerahkannya supaya meninggalkan Medinah dan datang kepadannya di Iraq demi mencapai matlamatnya tadi.

Kalifah al-Ma'mun membuat pengumuman bahwa dia telah membuat keputusan untuk mengahwinkan anak perempuannya Umm'l-Fadl kepada Imam al-Jawad dan ini mengakibatkan Bani 'Abbasid menjadi gelisah kerana takut kuasa yang mereka monopoli akan lenyap. Kalifah tersebut seterusnya memberitahu Bani 'Abbasid yang keputusannya itu berdasarkan keutamaan ilmu Imam al-Jawad yang mengatasi sekelian para ulama disamping kelebihan luar biasa itu sendiri memandangkan usia Imam yang begitu muda. Untuk mempertikaikan dakwaan tersebut, Bani 'Abbasid memilih Yahya Ibn Aktham, kadi paling ternama di Baghdad ketika itu supaya menguji Imam dalam bidang Fekah.

Dihadapan hadirin yang terdiri dari ahli-ahli kerajaan dan ulama

muka 66

 
 
   



-ulama yang terkemuka, Yahya menyoal Imam al-Jawad yang berusia 9 tahun tentang hukum seorang lelaki yang memburu semasa dalam ihram. Imam menjawab, "Soalan kamu tidak jelas dan tidak betul. Kamu sepatutnya menyebut samaada lelaki itu daif atau tidak; samaada dia hamba abdi atau orang yang bebas; samaada dia sudah baligh atau belum; samaada perbuatan itu pertama kali atau pernah dilakukan sebelumnya; samaada binatang buruan itu burung atau binatang lain; samaada buruan itu kecil atau besar; samaada dia memburu pada siang hari atau malam; samaada sipemburu menyesali perbuatannya atau tetap melakukannya; samaada dia memburu secara rahsia atau secara terang; samaada dia memakai ihram untuk Umrah atau Haji. Sekiranya butir-butir ini tidak diterangkan terlebih dahulu, tidak ada jawapan yang terperinci yang dapat di berikan kepada soalan tersebut." Yahya tercengggang dan Bani 'Abbassid tidak dapat berkata apa-apa.

Imam al-Jawad kemudiaanya membuat pinangan untuk memperisterikan Umm al-Fadl dan pinangannya itu diterima oleh Kalifah al-Ma'mun. Seterusnya Imam al-Jawad memberi jawapan bagi setiap situasi yang tersebut sebelum mengemukkan soalanya pula kepada Yahya, "Beritahu kepadaku keadaan seorang lelaki yang melihat seorang perempuan pada permulaan hari ketika mana melihat perempuan itu haram kepadanya. Namun lebih lewat pada pagi itu perempuan itu tidak lagi haram kepadannya. Pada waktu

 
 



tengah hari perempuan itu menjadi haram kepadanya tetapi pada petangnya perempuan itu halal kepadanya. Pada waktu senja dia menjadi haram kepadanya tetapi bila malam menjelma dia menjadi halal kepadannya. Pada tengah malam dia menjadi haram kepadanya tetapi pada waktu subuh dia menjadi halal kepadanya. Apakah keadaan perempuan tersebut dan kenapakan dia menjadi halal dan haram bagi lelaki itu pada waktu-waktu yang berbeza?" Bukan hanya Yahya malah kesemua Bani 'Abbasid yang hadir tidak dapat menjawab. Pada majlis yang sama, al-Ma'mun pun menikahkan anak perempuannya itu kepada Imam al-Jawad.

Selepas setahun berkahwin, Imam al-Jawad meniggalkan Bahgdad bersama isterinya dan menetap di Madinah. Kalifah al-Ma’mun meninggal dunia pada tahun 218 H / 833 M dan digantikan oleh saudaranya al-Mu'tasim. Imam al-Jawad diperintahkan oleh Kalifah baru itu supaya datang ke Baghdad pada 9hb Muharram 220 H / 835 M dan meninggal dunia kurang dari setahun kemudiannya yaitu pada 29hb Dhu al-Qa'da 220 H / 835 M pada usia 25 tahun disebabkan diracun. Imam Muhammad ibn Ali al-Jawad dikebumikan bersama datuknya, Imam Musa al-Kazim di al-Kazimiyyah di kota Baghdad.

Antara Hadis yang diriwayatkan oleh Imam al-Jawad berbunyi 'Tawakkal kepada Allah adalah harga untuk setiap perkara yang bernilai dan tangga ke setiap tujuan yang gemilang dan mulia'.

 

muka 68