HOME BAB : 1 2 3 4 5 6 7 8 9 10 11 12 13 14 15 16 17 18 19
  20 21 22 23

Bab 19 : IMAM HASAN AL-ASKARI

Imamat, yang dianggap sebagai salah satu perinsip utama Islam oleh golongan Muslimin Shi'ah, ialah keistmewaan yang dikurniakan oleh Allah kepada individu tertentu dari kalangan keturunan Rasulullah (saw) yang sebelum akhir hayatnya berpandukan petunjuk dari Allah mewasiatkan Imamat kepada individu seterusnya dengan perlantikkan yang jelas atau Nass. Lantaran daripada itu, berpandukan Nass, Imamat terbatas dalam segala situasi politik kepada individu yang ditetapkan dari kalangan keturunan Rasulullah (saw) dari Fatimah puteri baginda tidak kira samaada individu itu memegang tunjak pemerintahan ataupun tidak. Imamat oleh itu merupakan risiko kepada Kulafat 'Abbasid yang juga mendakwa mempunyai hak kepimpinan ke atas masyarakat dari segi ruhani.

Menurut riwayat yang disampaikan oleh imam-imam sebelunnya dan turut diriwayatkan dalam Hadith Rasulullah (saw), Imam kesebelas akan mempunyai seorang anak lelaki yang merupaka Mahdi, yang "membawa keadilan ke muka bumi". Imam kesebelas ini ialah Abu Muhammad al-Hassan b. Ali al-Askari yang menggantikan ayahandanya Imam Ali Ibn Muhammad al-Hadi dalam tahun 254 H / 868 M pada usua 22 tahun.

Imam al-Hasan dilahirkan di Madinah pada Rabi’al-Akhir 232 H/ 846 M oleh ibunya bernama Hadith dan selama 22 tahun dibesarkan dibawah didikan ayahandanya yang merupakan Imam ke 10. Menurut berbagai riwayat dari unsur-unsur yang berbeza, perlantikkan al-Hasan sebagai pengganti Imam al-Hadi

muka 74

   
     



dibuat sewaktu kematian Muhammad yaitu salah seorang dari adik-beradik al-Hasan. Akibat dari kematian abang al-Hasan itu, al-Hasanlah yang menjadi anak lelaki tertua dan akibat dari riwayat mengenai Mahdi, Kulafat 'Abbasid meletakkan Imam al-Hasan al-Askari dibawah kawalan yang paling rapi berbanding dengan Imam-imam sebelum beliau. Imam sering kali hanya dapat berhubung dengan pengikut-pengikutnya melalui orang-orang pengantaraan.

Satu ketika bila Imam dipenjarakan, Bani 'Abbasid itu bertandang ke Salih b. Wasif dan menyuruhnya belaku kasar kepada Imam. Salih mendapatkan dua orang yang paling kejam supaya mengawal Imam al-Askari tetapi kedua-dua mereka berubah tabiat menjadi waraq, bersembahyang dan berpuasa dangan tekun. Bila Salih menyoal mereka tentang perubahan kelakuan mereka, mereka menjawab:"Apakah yang boleh kami katakan tentang orang yang berpuasa pada siangnya dan berdiri (bersembahyang) sepanjang malam, yang tidak bercakap dan mengisi waktunya dengan ibadat semata-maa?" Bila dia merenung kami, anggota-anggota badan kami menggeletar dan didalam jasad kami (perasaan) yang kami tidak pernah alami."

Imam juga diserahkan kepada lelaki bernama Nahrir yang meminta kebenaran menghumban Imam al-Askari kepada binatang-binatang buas tetapi binatang-binatang itu tidak memakannya malah sebaliknya mereka mendapati Imam berdiri bersembahyang dengan binatang-binatang itu dikelilingnya.

muka 74

 
 
   


Akibat dari kawalan ketat yang dikenakan oleh Kulafat 'Abbasid keatas Imam Hasan al-Askari, beliau menggunakan Taqiya atau perlindungan bagi Islam yang sebenar dan penganut-penganutnya dari musuh-musuh melalui penyembunyian dalam situasi dimana dikhuatiri dibunuh atau dikeji. (contoh dari Kitab Suci al-Qur'an: Surah 40 Ayat 28). Imam tidak mengumumkan kepada masyarakat biasa semasa hidupnya tentang anaknya dan orang-orang biasa tidak dapat mengenalinya selepas kematian Imam al-Askari.

Imam al-Hasan jatuh sakit akibat diracun pada 1haribulan Rabi'u 'l-Awwal 260 H / 873 M dan sebaik sahaja berita itu sampai kepada Kalifah al-Mu'tamid, doktor-doktor dan agen-agen Kalfiah termasuk Nahrir dihantar demi

muka 75

 
 



mempertingkatkan kawalan. Bila Imam menigggal dunia pada hari Jumaat 8 haribulan Rabi'i 'l-awwal, Samara riuh-rendah. Pasar-pasar menjadi lenggang dan Banu Hashim, panglima-panglima tentera, setiausaha-setiausaha kerajaan, hakim-hakim dan saksi-saksi dan orang-orang awam mengiringi jenazah ke tempat perkebumian. Imam al-Hasan al-Askari dikebumikan dirumah yang sama dimana dikebumikan ayahandanya, rumah kedua mereka di daerah tentera ('Askar') di Samarra Iraq.

Ja’far b. Ali, adik Imam sendiri yang merupakan kaki joli merampas semua harta peninggalan Imam dan berusaha menggantikan beliau dimata kaum Muslimin Shi'ah dan turut menawarkan kepada pihak berkuasa ganjaran kewangan dan apa sahaja yang disangkanya akan membolehkannya menjadi Imam pengganti tetapi jelas tidak ada sesiapa yang boleh memberinya kesahihan. Kesemua wanita-wanita pembantu rumah Imam juga diperiksa oleh bidan Kalifah bagi memeriksa samaada sesiapa mengandung, kerana menguatiri kelahiran Mahdi. Bani 'Abbasid meneruskan usaha mereka yang sia-sia mencari Mahadi selama dua tahun berikutnya.

 

 

 

muka 76