HOME BAB : 1 2 3 4 5 6 7 8 9 10 11 12 13 14 15 16 17 18 19
  20 21 22 23

Bab 22 : KURUN KE-12 HINGGA 15 MASEHI

Serangan besar Mongol ke atas bumi Islam mula-mula dilancarkan sekitar tahun 1220 - 1231 Masehi di Azarbaijan dan timur-laut Iran yang mengakibatkan kemusnahan teruk kepada kota-kota Islam. Waris-waris Genghis Khan ( mati 1127 M ) itu kemudiannya meneruskan penaklukan dan pembesaran wilayah jajahan mereka yang berkemuncak dengan penawanan Baghdad dan kehancuran Kulafat 'Abbasid. Mereka memusnahkan dan membawa bawah taklukkan mereka sebahagian besar Iran dan bumi Arab kecuali Mesir yang di bawah pemerintahan Ayyubid dan Anatolia yang di kuasai oleh Dinasti Saljuk.

Panglima yang mengepalai penaklukkan itu bernama Hulago, salah seorang cucu Genghis Khan yang mengambil gelaran Il-khan yang bermakna "Khan Kecil" dan orang bawahan Khan ( Mongol ) Besar di Cina. Yang menarik mengenai orang-orang Mongol itu ialah kesedaran mereka kemudiannya mengenai kebenaran ugama Islam yang dianuti oleh penduduk-penduduk di tanah yang mereka jajahi. Mereka oleh itu seterusnya memeluk sendiri ugama Islam. Pemerintah Mongol pertama yang berbuat demikian ialah Ghazan yang memerintah dari tahun 1295 sehingga 1304 Masehi. Oljeytu, saudara beliau yang memerintah dari 1304 hingga 1316 M yang menggantikannya juga memeluk ugama Islam dan memilih gelaran Khudabundha dan beliau pula seterusnya digantikan oleh anaknya Abu Sa'id.

muka 74

   
     


Nama Il-khan atau Ilkhanid digunakan untuk cabang Dinasti Mongol yang memerintah Iraq, kawasan Kaukus dan bahagian-bahagian Asia Kecil, keseluruhan Iran disamping wilayah di sebelah timur sehingga ke Asia Tengah. Dari ibukota mereka di Tabriz yang terletak di bahagian barat-laut Iran, Dinasti Ilkhanid meneruskan jalinan perhubungan dengan kebudayaan-kebudayaan yang berbeza-beza dari Cina sehinggalah Eropah Kristian. Berikutan kematian pemerintah Ilkhanid yang terakhir pada tahun 1335 M, empayar itu mula runtuh dan digantikan pula oleh beberapa dinasti tempatan.

Menjelang akhir abad ke 12 M, daerah-daerah kecil yang menjadi berkuasa di Iran ditewaskan oleh satu arus baru pendekar-pendekar dari Asia Tengah yang kali ini dipimpin oleh Timur (Tamerlane) yang segagah moyangnya Genghis Khan. Pemimpin dari keturunan Turko-Mongol itu memulakan penaklukkannya sekitar tahun 1370 M dan menjadi pemimpin di tanahairnya Transoxiana dan memilih Samarkan sebagai ibukota.

Dengan serangan ke atas Iran, Timur mengambil alih kuasa ke atas wilayah-wilayah Muslimin Shi'ah. Sebagai pengikut mazhab Ahli Sunnah, beliau namun begitu berasa simpati terhadap penduduk-penduduk Muslimin Shi'ah dan membiarkan kerabat-kerabat ternama Shi'ah mengekalkan kuasa dan taklukkan mereka selagi mereka bersetuju menjadi orang-orang suruhannya. Tempoh pemerintahan Timurid ( abad ke 13 dan 14 Masehi / 7 dan 8 Hijrah ) oleh itu merupakan tempoh yang agak aman dan meyaksikan perkembangan Islam disebabkan penyatuan antara umatnya walaupun mereka berlainan mazhab.

muka 75

 
 
   


Sebelum kematiannya pada tahun 1405 M semasa bersiap-sedia meyerang Cina, Timur telah berjaya menundukkan keseluruhan Asia Tengah termasuk Iran dan Iraq. Penaklukannya meliputi juga bahagian selatan Rusia dan benua kecil India sementara ke sebelah barat tentera-tentera Timurid berjaya menewaskan angkatan tentera Mamluk di Sham dan menundukkan Ottoman di Ankara.

Di bawah pimpinan pengganti-pengganti Timur yang tidak secekap beliau, wilayah-wilayah jajahan di Iraq di serap perlahan-lahan ke dalam kekuasaan dua persekutuaan kaum Turkman silih berganti yang dikenali dengan nama suku Qara Quyunlu (Biri-biri Hitam) dan suku Aq Quyunlu (Biri-biri Putih). Menjelang penghujung abad ke-14 M, cuma daerah-daerah Khurasan dan Transoxiana yang kekal dan pada tahun-tahun terakhir dinasti itu, kawasan-kawasan tersebut diperintah oleh cabang-cabang berbeza keluarga Timurid. Anggota-anggota dinasti ini merupakan penaung-penaung kebudayaan dan kesenian Farsi dan walaupun dinasti itu tamat pada tahun 1507 M, salah satu dari anggota keluarga Timurid terus berkuasa dan menubuhkan dinasti Mughal di India.

Di sebelah barat yaitu di Mesir dan Sham pula, Dinasti Ayyubid digantikan oleh Dinasti Mamluk. Ini terjadi kerana pada penghujung pemerintahan Ayyubid, anggota tenteranya telah berubah menjadi satu kumpulan di mana jawatan pegawai-pegawai tertinggi dikhaskan bagi bekas-bekas tentera paksaan yang bertutur dalam bahasa Turki yang dikenali dengan nama Mamluk. Bila pemerintah Ayyubid yang terakhir meninggal dunia, anggota-anggota Mamluk itu telah menjadi

muka 76

 
 
 



cukup kuat dan pada tahun 1250 M, mereka berjaya mengangkat salah seorang dikalangan mereka ke takhta sebagai Sultan dan ini menjadi detik permulaan pemerintahan Mamluk.

Golongan Mamluk pertama-tamanya merupakan tentera yang menubuhkan jentera ketenteraan yang begitu kuat sehinggakan mampu menahan kemaraan Mongol dan mengusir Angkatan Tentera Salib yang telah lama menjajah sepanjang pinggir laut Sham.

Salah satu perkara paling menarik mengenai Mamluk ialah penubuhan mereka akan satu kelas pemerintah yang mampu berterusan sendiri yang terdiri dari bekas-bekas tentera paksaan. Penduduk bumiputera terkecuali dari kumpulan itu dan mereka malahan sering mengelakkan ahli-ahli keluarga mereka sendiri dari mewarisi kedudukan dan harta.

Sebahagian dari usaha yang lantaran itu diambil bagi membolehkan anak-anak menikmati kekayaan mereka ialah membina dan mewakafkan kepada berbagai pertubuhan keugamaan yang dikuasai oleh waris-waris mereka itu. Kahirah ibukota Mamluk menjadi kota yang kaya dan pusat aktiviti pendidikan dan kesenian yang tersergam dengan kubah-kubah, muka-muka depan bangunan diperbuat dari batu dan menara-menara masjid yang berserambi yang kesemuannya bercirikan Mamluk.

Lebih ke barat yaitu di Sepanyol, satu persatuaan raja-raja Kristian berjaya mengusir Barbar Almohads balik ke utara benua Afrika. Kesemua wilayah-wilayah Islam di selatan

muka 77

 
 
   



kecualilah daerah Granada dibawah pemerintahan Nasrid yang merupakan dinasti Muslim terakhir di Sepanyol, jatuh ketangan puak Kristian. Demi mengekalkan kerajaannya, pemerintah Nasrid kemudiannya menjadi orang suruhan kepada raja Kristian di Castile yang membolehkannya mempertahankan diri dari dua ancaman yaitu dari orang-orang Kristian di utara dan Muslim di utara Afrika yang cuba merampas semula Granada. Walaupun situasi politik itu akhirnya tidak dapat berkekalan, kerajaan Granada tetap wujud sebagai pusat kebudayaan penting bagi orang-orang Islam Eropah selama lebih dua abad setengah dan berakhir bila ianya jatuh ke tangan angkatan Ferdinand dan Isabella pada tahun 1492 M. Penaklukkan Granada mengakhiri bukan sahaja Dinasti Nasrid malahan juga 700 tahun kehadiran Islam di semenanjung Iberia.

Pada waktu yang sama di Anatolia, pemerintahan Saljuk Rum yang telah lama berkuasa menghadapi penamat; ia telah wujud dibawah pemerintahan tidak langsung Mongol sehinggalah penghujung abad ke-13 apabila Anatolia terbahagi kepada beberapa jajahan di bawah pemerintahan beberapa dinasti Turki yang berbeza. Yang paling utama antara dinasti-dinasti tersebut ialah Dinasti Ottoman yang mula menubuhkan diri di bahagian barat-laut Asia Kecil.

Sepanjang abad ke-14 M, kerajaan Ottoman sedikit demi sedikit menguatkan kedudukan ke atas Anatolia dan mencapai kemuncak kegemilangan ketenteraan mereka pada tahun 1453 M dengan menaklukki Kontantinopel dan terjatuhnya empayar Baizantin.

muka 78