HOME BAB : 1 2 3 4 5 6 7 8 9 10 11 12 13 14 15 16 17 18 19
  20 21 22 23

Bab 12 : CABARAN KEPADA IMAMAT

Selepas Imam keempat, Zayn al-'Abidin pulang ke Rahmatullah pada tahun 94 H / 712 M, Imamat berpindah kepada anaknya Muhammad al-Baqir yang berusia empat tahun semasa trajedi Karbala yang mengakibatkan pembunuhan kejam keluarga Rasulullah (sawa) menimpa. Muhammad al-Baqir telah dibawa bersama ayahandanya, Zayn al-'Abidin yang sakit tenat ketika itu disetai oleh lain-lain tahanan ke Kufa dan kemudiannya ke Damshik untuk di persembahkan kepada Kalifah Yazid yang memenjarakan mereka selama setahun.

Imam Muhammad al-Baqir adalah dari keturunan Rasulullah (sawa) dan Ali baik disebelah ibu maupun ayahnya kerana ibu beliau ialah Fatima, puteri Hasan b. Abi Talib, cucu Rasulullah (sawa). Imam al-Baqir juga mempunyai saudari tiri bernama Zaid dari ibu tirinya yang berasal dari Sind.

Seperti Imam-Imam sebelum beliau, al-Baqir, yang bermakna 'Penghurai Ilmu' memilih polisi bertenang disebabkan penganiayaan yang dipaktikkan oleh Kalifah-Kalifah yang berkuasa. Zaid walau bagaimanapun, bagun menentang pihak berkuasa demi menuntut hak yang telah diamanatkan kepada saudara tirinya itu dari Rasulullah (sawa) sendiri. Tindakkannya menyebabkan beliau mati shayid semasa pemerintahan Kalifah Umayyad bernama Hisham Abdul-Malik.

Selepas kematian Imam Muhammad al-Baqir, beberapa kumpulan menyangka bahwa Zaidlah yang sebenarnya Imam

muka 49

   
     


kerana menganggap adalah wajib supaya kuasa digunakan demi memastikan yang Imamat diiktiraf setiap kali. Konsep ini walau bagaimanapun bercanggah dengan sikap yang telah ditunjukkan oleh ayahanda Zaid sendiri yang telah memilih jalan perdamaian demi perpaduan umat Islam (tanpa berkompromi atas prinsip-prinsip ugama). Kalau benar Imam yang sah hanya yang bertempur untuk mendapat pengiktirafan maka ayahanda Zaid dulu pun bukanlah Imam yang sah. Pengikut-pengikut Zaid dikenali sebagai Zaidat dan termasuk orang-orang yang berpengaruh di Kufa. Setengah Ahli Sejarah mengatakan bahwa kumpulan Zaidat ini menarik minat ramai dari kalangan mereka yang mengikuti Ibn al-Hanafiya dan kemudiannya anaknya Abu-Hashim 'Abd Allah sebagai Imam.

Ada Ahli Sejarah yang seterusnya menambah bahwa mengenai isu dua Kalifah pertama yaitu Abu Bakr dan Umar, puak Zaidat ini, sekurang-kurangnya pada peringakat awal, menganggap bahwa mereka telah dilantik secara sah walaupun Ali b.Abi Taliblah yang lebih layak untuk tugas itu. Akibat dari pandangan kumpulan Zaidat ini, mereka mendapat sokongan dari puak Mu'tazilat yang merupakan cawangan Ahli Sunni dan juga simpati dari ahli-ahli Hadis di Madinah dan Kufah yang membawa faedah kepada cita-cita politik mereka.

Imam al-Baqir sendiri tidak mencaci Abu Bakr atau Umar dan mengiktiraf bahwa mereka adalah Kalifah tetapi dalam hal Hadis, hanya Hadis yang diriwayatkan oleh Ali dan mereka-mereka yang mengikutnya sahaja yang dipertekankan. Ini lantas boleh dikatakan merupakan antara detik permulaan pembentukkan Mazhab Ahl al-Bayt yaini Keluarga / Keturunan

muka 50

 
 
   



Rasulullah (sawa). Salah satu Hadis yang sering disebut-sebut ketika itu diriwayatkan oleh ‘Abd Allah b. Mas’ud dan diiktiraf baik oleh pengikut Shi'ah maupun Ahli Sunni yang mana Rasulullah (sawa) bersabda : Seorang yang telah diketahui, yang berasal dari Keturunan Rasulullah (sawa) yang akan membawa kedamaian dan keadilan bernama Mahdi.

Pada jangka panjang, Imam al-Baqirlah yang muncul, sebagai Imam yang diiktiraf oleh kebanyakkan pengikut Shi'ah disebabkan kekuatan hujjah-hujjah yang dikemukakannya. Anak-anak muridnya menerbitkan buku-buku mengenai berbagai cawangan Sains dan Sastra dibawah tunjuk ajar dan bimbingannya. Ketika beliau meninggal dunia, kumpulan utama ini walaupun bilangan mereka terhad, tersebar di semua pusat-pusat penting seluruh Hijaz dan Iraq.

Selepas 19 tahun sebagai Imam, Muhammad al-Baqir meniggal dunia pada usia 57 akibat diracun oleh Ibrahim b.al-Walid b.'Abd Allah, anak saudara kepada Kalifah Hisham, pada 7 Dhi'l-Hijjah 114 H / 732 M dan dikebumikan di Janatu'l-Baqi di Medina.

muka 51