HOME BAB : 1 2 3 4 5 6 7 8 9 10 11 12 13 14 15 16 17 18 19
  20 21 22 23

Bab 21 : SELEPAS IMAM KE-12

Bila Imam ke duabelas ghaib, golongan Muslimin yang berpegang kepada hakikat bahwa Rasulullah (saw) melantik Ali sebagai pemimpin umat Islam bila mengistiharkannya sebagai Mawla semasa peristiwa di Ghadir Khum, yaitu golongan Shi'ah, tetap merupakan kumpulan yang tidak kecil bilangannya di kalangan umat Islam pada keseluruhannya.

Menjelang pertengahan abad ke lapan Masehi, perpaduan politik Bani 'Abbasid menjadi semakin merosot. Golongan yang dikenali dengan nama Hamdanids, yang turut mempercayai Imamat memperolehi kuasa ke atas bahagian utara Iraq pada tahun 944 M / 333 H dari mana mereka meyebarkan daerah kekuasaan hingga meliput Sham. Golongan Buyid pula, yang juga bepegang kepada Imamat, merebut kuasa pada tahun 945 M / 334 H bagi mentadbirkan Baghdad, tempat menetapnya Kalifah 'Abbasid.

Penubuhan buat pertama kali dalam sejarah Islam dinasti-dinasti yang berpegang kepada konsep Imamat membuahkan hasil yang penting kepada ugama Islam sendiri. Ianya menyaksikan penyebaran fahaman Islam menurut mazhab itu ke sekitar Timur Tengah dan bilangan kaum Muslim Shi'ah pun meningkat.

Dinasti-dinasti berautonomi lain tidak lama kemudian turut tertubuh di wilayah-wilayah barat. Pada permulaan abad ke-9 Masehi, dinasti Fatimid Isma'ili mucul di utara benua Afrika

muka 69

   
     

dan dari situ kekuasaannya berkembang meliputi Pulau Sisili dan sebahagian dari Mesir. Tentera Fatimid berjaya menakluki keseluruhan bumi Mesir pada tahun 969 Masehi dan pada tahun yang sama juga Kahirah diasaskan sebagai ibukota baru yang berkembang menjadi pusat kebudayaan penting menyaingi Baghdad.

Dari Mesir, dinasti Fatimid meluaskan taklukkan mereka ke Sham. Kedua-dua tempat itu menikmati kemewahan ekonomi di bawah pemerintahan dinasti Fatimid melalui pengendalian perdagangan yang begitu menguntungkan antara India dan kawasan Mediteranian. Terdapat juga semangat toleransi yang erat yang menyaksikan kaum Kristian dan Yahudi turut mengecapi kemakmuran disamping masyarakat Islam.

Kekuasaan Fatimid berakhir pada tahun 1169 M bila dalam usaha menyingkirkan Angkatan Perang Salib yang menyerbu Kahirah, pemerintah Fatimid meminta bantuan dari sebuah dinasti dari Sham. Dinasti itu bukan sahaja mampu menghalau Angkatan Perang Salib, malahan juga berjaya menumbangkan Dinasti Fatimid dan menubuhkan Dinasti Ayyubid.

Dengan penumpasan Dinasti Fatimid, Salah al-Din (Saladin) pengasas Dinasti Ayyubid yang berketurunan Kurdish itu memupuk fahaman Ahli Sunnah di Mesir. Dia meluaskan empayarnya ke Yemen, Sham dan Iraq dan mengerahkan tenteranya berjihad menentang negeri-negeri di belakang gerombolan Angkatan Perang Salib dan menewaskan mereka pada tahun 1187 M. Berikutan kematian Salah al-Din, empayar itu walau bagaimanapun terpisah menjadi sekadar persukutuan wilayah-wilayah dengan separuh autonomi yang masing-masing

muka 70

 
 
   



diperintah oleh putera-putera Ayyubid. Namun demikian, empayar itu merasai satu tempoh kemakmuran dan kedamaian.

Kesebelah barat pula, Sepanyol telah diperintah secara bebas semenjak pertengahan abad ke-7 M oleh satu cabang dari Dinasti Umayyad. Dengan kejatuhan dinasti itu pada tahun 1031 M, bumi Sepanyol terbahagi kepada beberapa wilayah kecil. Kelemahan yang berputik dari perpecahan itu mengakibatkan kegagalan penduduk-penduduk Muslimin menahan kemaraan penaklukkan Kristan. Pada tahun 1086 M, satu persekutuaan puak-puak Barbar yang dipanggil Almoravid yang

memperolehi kuasa di Maghribi dibawah sepanduk kesedaran dan pembahruan semangat keislaman, merentasi ke Sepanyol dan menguasai bumi Islam di sebelah selatan sementara menahan serangan dari puak Kristan di sebelah utara. Sekitar

 
 
 



pertengahan abad ke-11, golongan Almoravids digantikan di Maghribi dan tidak lama selepas itu di Sepanyol oleh satu lagi dinasti Barbar bernama Almohads yang tidak lama kemudiannya diusir dari Sepanyol oleh puak Kristian yang mara dengan degil.

Di sempadan timur bumi Islam, perpindahan besar-besaran puak-puak nomad berbangsa Turki dari dataran steppe di Asia Tengah mengubah pertimbangan kuasa. Satu siri dinasti-dinasti Turki tidak berapa lama kemudian berjaya menggantikan kaum Farsi sebagai pemerintah di kawasan timur Iran. Dinasti Turki yang pertama, bergelar Ghaznavids menubuhkan kuasa di kawasan yang sekarangnya dipangil Afghanistan. Empayar Ghaznavid itu kemudiannya meliputi Khurasan di sebelah utara sehinggalah benua kecil India ke sebelah selatan. Walaupun berketurunan Turki, puak Ghaznavids itu bertutur bahasa Farsi dan tajaan mereka membantu perkembangan Farsi moden sebagai bahasa kebudayaan. Hikayat nasional Farsi berjudul Shahnama disempurnakan oleh pujangga bernama Firdawsi di istani mereka di Ghazni pada tahun 1010 M didedikasikan kepada pemerintah mereka. Tidak lama kemudian, Ghaznavids hilang kekuasaan keatas wilayah-wilayah Farsi kepada satu lagi dinasti berbangsa Turki yang dikenali dengan nama Saljuk.

Pada tahun 1055 M / 447 H, kaum Turki Saljuk juga menewaskan puak Buyid yang semenjak tahun 945 M / 334 H menguasi Baghdad. Abad ke-10 M memang menyaksikan pemerintahan golongan Saljuk buat seketika ke atas sebuah empayar yang luas meliputi Farsi, kawasan Sabit Yang Subur (Fertile Crescent) dan sebahagian besar Anatolia yaini Turki

muka 72

   
 
   



Moden. Menjelang penghujung abad itu walau bagaimanapun, empayar itu berpecah menjadi kerajaan-kerajaan kecil di bawah pemerintahan cabang-cabang keluarga Saljuk yang berbeza-beza. Cabang utama yang dikenali dengan nama Saljuk Perkasa memerintah Iran. Sama seperti Ghaznavids, keturunan-keturunan Turki itu mempraktikkan kebudayaan Farsi dan menggunakkan bahasanya.

Pemerintahan Turki di Asia Tengah bermula dengan puak Saljuk hasil dari kejayaan mereka menewaskan tentera Baizantin di bahagian timur Anatolia pada tahun 1071 M. Peristiwa penting itu membuka pintu kepada pengenalan tentang Islam dan kebudayaan Turki secara beransur-ansur ke Anatolia. Kesultanan Saljuk Rum (yaini Bizantin) kekal sehingga permulaan abad ke-13 walaupun semenjak pertengahan abad ke-12 puak Saljuk berfungsi semata-mata sebagai gabenor dibawah pemerintahan Mongol.

muka 73