HOME BAB : 1 2 3 4 5 6 7 8 9 10 11 12 13 14 15 16 17 18 19
  20 21 22 23

Bab 13 : IMAM JA'FAR DAN PERTUKARAN KULAFAT

Di Ghadir Khum selepas Haji Wida, Rasulullah (sawa) telah diperintahkan Allah (s.w.a) supaya mengumumkan perlantikkan warisnya. Baginda diperintahkan supaya melantik Ali, anak saudara yang juga merupakan menantunya sebagai Mawla dan Imam yaitu Pemimpin umat Islam selepas baginda (rujuk Bab 5). Mereka yang mengiktiraf perlantikkan itu dikenali sebagai golongan Shi'ah manakala umat Islam yang tidak mengiktirafnya ataupun tahu menahu hal itu dan sebaliknya menyangka atau menganggap bahwa Rasulullah (sawa) telah mengizinkan umatnya memilih sesiapa sahaja dikalangan mereka sebagai pemimpin ummah, dikenali dengan nama Ahli Sunni.

Pada tahun 114 H / 732 M, Imam Muhammad al-Baqir mati diracun dan Imamat berpindah kepada anak sulungnya Abu ‘Abd Allah Ja’far yang berusia 34 tahun. Imam keenam umat Islam ini, seperti turun temurun, mewarisi Ilmu Rasulullah (sawa) dan turut merupakan keturunan baginda (sawa) yang pertama yang juga mempunyai pertalian darah dengan Kalifah Abu Bakr yaini disebabkan ibunya Umm Farwa adalah puteri al-Qasim b. Muhammad b. Abu Bakr.

Selama 14 tahun pertama hidupnya, Imam Ja'far dibesarkan bawah perlindungan dan asuhan datuknya, Imam keempat umat Islam yaitu Imam Zayn al-'Abidin. Tempoh itu menyaksikan perkembangan hebat dalam minat mendalami Hadis dan

muka 52

   
     



mencari penghuraian tepat ayat-ayat Suci al-Qur'an.

Sebagai Imam, Ja’far as-Sadiq seperti yang telah di sebut, mewarisi ‘Ilm atau ilmu khas keislaman dan oleh itu merupakan sumber ilmu utama dalam setiap hal dan penghurai makna ayat-ayat suci al-Qur'an baik yang tersurat maupun yang tersirat. Kehadiran insan yang memainkan peranan ini sememang pun munasabah memandangkan ayat-ayat al-Qur'an terdiri dari yang dikatakan Ayat al-Muhkamat, yaitu ayat-ayat yang jelas dan terang maksudnya tanpa ruang untuk disalahertikan dan Ayat al-Mustashabihat, ayat-ayat yang mempunyai maksud terselindung dan lantas memerlukan huraian atau ta'wil. (rujuk Kitab Suci al-Qur'an Surah 3 Ayat 7).

Imam Ja'far bukan hanya dianggap oleh para pengikutnya sebagai sumber pengetahuan Islam utama bertolak dari kedudukannya sebagai pewaris Rasulullah (sawa) tetapi beliau juga di pandang tinggi oleh golongan Ahli Sunni pada zamannya. Malik b. Anas,ulama dari Madinah dan Abu Hanifa, dari Kufa merupakan anak-anak murid Imam Ja'far. Masing-masing kemudiannya menjadi pelopor dua dari empat mazhab utama Ahli Sunni.

Menjelang tahun 126 H / 744 M, kuasa Bani Umayyad bertambah merosot. Pemberontakkan di Khurasan dengan sokongan kumpulan Kaysaniah (mereka yang berimamkan Ibn al-Hanafiya) mencapai kejayaan yang agak cemerlang. Bani 'Abbasid yang mempunyai pertalian keluarga dengan Rasulullah (sawa) melalui pakcik baginda bernama Abbas, telah berjaya

muka 53

 
 
   



mempengaruhi seorang dari Imam kumpulan Kaysaniah supaya memindahkan Imamat kepada salah seorang dari Bani 'Abbasid. Menyangka bahwa Bani 'Abbasid itu lebih rapat pertalian darah dengan Rasulullah (sawa) dari apa yang sebenarnya, penduduk Khurasan lantas memberi sokongan mereka. Namun begitu, Kalifah Bani Umayyad bernama Marwan b. Muhammad berjaya menangkap dan memenjarakan Ibrahim al-Imam, ketua Bani 'Abbasid tadi sementara ahli-ahli Bani 'Abbasid yang lain berjaya melarikan diri ke Kufa.

Bila berita kematian Ibrahim al-Imam sampai ke Kufa, wakil 'Abbasid di situ, Abu Muslim Marzawi nampak peluang untuk memutuskan hubungannya dengan Bani 'Abbasid lalu menyorokkan mereka di tempat terpencil. Beliau seterusnya menjemput Imam Ja'far as-Sadiq supaya datang mengumumkan secara terbuka Imamatnya tetapi Imam Ja'far menolak. Ketua-ketua penduduk Khurasan walau bagaimanapun berjaya menjumpai tempat keluarga 'Abbasid itu disembunyikan oleh wakil mereka lalu melafazkan sumpah taat setia kepada ketua keluarga 'Abbasid yang baru yaitu Abu'l-'Abbas.

Menggelarkan dirinya as-Saffah yang bermakna Penumpah Darah, Abu'l-'Abbas mengumumkan kepalsuan yang kononnya Bani 'Abbasidlah yang dimaksukkan 'Ahl al-Bayt dalam Ayat 33 Surah 33 padahal sebenarnya 'Ahl al-Bayt merujuk kepada keturunan Rasulullah (sawa) dari puterinya Fatimah yaitu keluarga Imam Ja'far as-Sadiq. Dengan pengumuman itu bermulalah pemerintahan mereka dibumi Islam.

muka 54