HOME BAB : 1 2 3 4 5 6 7 8 9 10 11 12 13 14 15 16 17 18 19
  20 21 22 23

Bab 7 : KALIFAH UTHMAN

Perlantikkan Uthman pada 1hb Muharram 24 Hijrah, pada usia 70 tahun sebagai Kalifah umat Islam dianggap sebagai satu kejayaan besar oleh Bani Umayyad bagi diri mereka sendiri yang bertalian saudara dengan Uthman. Mereka juga telah lama bertikai dengan Bani Hashim tentang kepimpinan Kaum Quraish, yaitu semenjak zaman Jahiliah lagi. Dengan penaklukan empayar Baizentin dan Farsi banyak kemungkinan kini terbuka dan Bani Umayyad menganggap bahwa mereka berhak berkongsi dengan Kalifah meraut keuntungan darinya.

Uthman memangpun tidak cuba menyembunyikan hakikat bahwa dia banyak memberi keistimewaan kepada kaum keluarganya kerana dia menganggap bahwa kekuatannya bergantung kepada sokongan dan bantuan dari mereka. Uthman melantik gabenor-gabenor dari Bani Umayyad mentadbirkan Kufa, Sham, Mesir dan Basra yang merupakan ibukota jajahan timur yang meliputi Asia Tengah sehingga Sind. Gabenor-gabenor ini sebaliknya berharap kapada suku sakat masing-masing yang dilantik mengusai badan perundingan Kalifah.

Bertolak dari situ tidak hairanlah mengapa Bani Umayyad menimbulkan banyak rasa tidak puas hati malahan kebencian dikalangan kaum Muslimin. Ini bukanlah kerana keistimewaan yang mereka kecapi tetapi lebih lagi kerana mereka dibiarkan bermaharaja-lela dan menyalahgunakan kuasa untuk kepentingan peribadi.

muka 25

   
     



Abd Allah Sa'd yaitu saudara susu Uthman umpamanya, yang telah diperintahkan supaya di bunuh oleh Rasulullah (saw) sendiri semasa penaklukkan Makkah, dilantik menjadi pentadbir Mesir dan berlaku kasar dan kertelaluan. Saudara tiri Uthman, Al-Walid 'Uqba yang dibenci oleh penduduk Kufa pula digantikan dengan Sa'id al-As yang menimbulkan kemarahan tokoh-tokoh utama bandar itu kerana kekasaran lakunya terhadap mereka.

Golongan intelek yaitu para Qari Kitab Suci al-Qur'an dan para ulama yang dihormati masyarakat, yang dikenali sebagai golongan Qurra, membuat bantahan kepada Uthman mengenai keadaan di Kufa, Basra dan Mesir dengan sia-sia. Ini menyebabkan Uthman tidak disukai dikalangan mereka yang lebih warak disekitar wilayah Islam. Menjelang tahun-tahun akhir beliau, sebahagian besar masyarakat membara-bara dengan rasa tidak puas hati terhadap Kalifah.

Pada tahun ke 35 Hijrah (636 Masehi), rasa tidak puas hati tadi memburai menjadi kacau bilau. Rombongan-rombongan dari Kufa, Basra dan Mesir diketuai oleh golongan Qurra mendesak Ali menghulurkan sokongan beliau kepada mereka. Pada masa yang sama Kalifah Uthman juga meminta bantuan Ali untuk berunding dengan pemberontak-pemberontak.

Talha yang mempunyai penyokong-penyokong di Basra dan Zubayr di Kufa, membuat propaganda menentang Uthman. Balu-balu Rasulullah (saw) sendiri, termasuk A'ishah puteri Abu

muka 26

 
 
   



Bakr, menentang Kalifah Uthman yang di gelarnya Na'thal yang bermakna 'yang berjanggut besar dan berbulu dada'.

Ali cuba meredakan keadaan dan memainkan peranan sebagai perunding dalam masaalah itu. Beberapa kali dia berjaya meleraikan orang ramai yang datang untuk menyingkirkan Uthman. Uthman sendiri mulanya menerima nasihat Ali dan bertaubat atas tindakan-tindakkannya yang lepas dan berniat untuk membuat perubahan kepada jentera Kerajaan bagi memperbaiki keadaan mereka. Beliau membuat pengumuman tentang hasratnya itu di khalayak ramai di Masjid Nabi di Madinah. Malangnya Uthman kemudian termakan hasutan setiausahanya Marwan al-Hakam dan mengubah rancangannya menyebabkan orang ramai mengamok.

Melalui bumbung rumah bersebelahan rumah Uthman, beberapa orang pemberontak menceroboh masuk ke dalam kediaman Kalifah dan membunuh beliau. Uthman yang memegang kuasa selama 12 tahun mati pada 18 haribulan Zul Hijjah tahun 35 Hijrah dan dikebumikan di Hash Koukab.

 

 

 

 

muka 27