HOME BAB : 1 2 3 4 5 6 7 8 9 10 11 12 13 14 15 16 17 18 19
  20 21 22 23

Bab 1 : SEBELUM RASUL

Muhammad (selawat dan salam keatas beginda/ saw), Rasul Allah yang terakhir di lahirkan pada awal subuh 17th Rabi'u 'l-Awwal tahun 570 tahun Maseh di Makah. Ibu baginda bernama Aminah bint Wahb manakala ayahandnya 'Abdullah bin 'Abdul 'l-Muttalib telah pun meninggal dunia di Madina dalam perjalanan pulang beliau dari Damshik, sebelum kelahiran Muhammad lagi. Seperti mana tradisi kaum Arab ketika itu, Muhammad (saw) dihantar kepada seorang ibu susu sejak baginda kecil lagi. Untuk tugas itu, datuknya 'Abdu 'l-Muttalib, memilih seorang wanita mulia bernama Halima dari Bani Sa'ad yang terkenal dengan keberanian dan kepitahan mereka.

Semasa berusia enam tahun, Muhammad (saw) dibawa ibunya ke Madinah, di mana letaknya kubur ayahanda baginda, untuk menziarahi kaum keluarga. Di sebuah tempat bernama Abwa', ibu baginda mati mengejut, meniggalkan baginda yatim piatu. Muhammad (saw) kemudiannya di letakkan bawah asuhan datuknya yang juga merupakan ketua kaum Quraish ketika itu. Walau bagaimana pun, selapas hanya dua tahun, Abdul Mutalib datuknya pula meniggal dunia dan anak yatim itu berpindah kebawah jagaan pakciknya yang penyayang bernama Abu Talib, seorang pedagang.

Menurut sesetengah Ahli Sejarah, satu ketika bila Abu Talib membawa Muhammad (pbh) menemaninya dalam rombongan perniagaannya ke Damshik, mereka telah bertemu seorang padri Kristian bernama Bahira di Basra, yang terletak di dalam

muka 1

   
     

perjalanan. Bahira memerhati redupan awan yang mengekori anak yatim itu. Selepas siasatan keatas Muhammad, Bahira mentela'ah bahwa Muhammad akan satu hari dilantik rasul dan memesan kepada Abu Talib supaya menjaganya dengan baik.

Berbekalkan akhlak yang tinggi, Muhammad mencapai usia remaja disegani masyarakat sekeliling dan digelar 'Muhammad yang Jujur' atau 'al-Amin'. Lanjutan dari kejujuran dan budi pekertinya yang suci inilah seterusnya mendorong seorang wanita mulia lagi berada bernama Khadija binti Khuwalid mengambil Muhammad, yang ketika itu berusia dua puluh lima tahun menjadi pengendali kafilah perdagangannya ke Damshik dan Basra.

Kafilah itu bukan sekadar membawa keuntungan yang belum pernah tercapai tetapi juga maklumat kepada Khadija dari pembantunya Masara yang di hantar mengikuti kafilah tersebut, tentang akhlak yang agung dan sifat pemurah milik Muhammad (saw). Menurut kebanyakkan Ahli Sejarah, Khadija telah kematian suami dua kali. Setengahnya menyebut nama Abu Halah and Atigh Makhzumi sebagai bekas-bekas suami beliau. Disebabkan reputasi Muhammad yang cemerlang, Khadija seterusnya menghantar rakan rapatnya Nafisa merisik Muhammad (pbh) mengenai pernikahan.

Wanita Quraish yang paling jelita dan mulia, yang telah banyak menolak pinangan bangsawan-bangsawan dan orang-orang kaya kaum Quraish akhirnya menjadi isteri Muhammad (saw) yang berusia 25 tahun, yaitu 15 lebih muda darinya. Setengah Ahli Sejarah mengatakan yang Khadija telahpun mempunyai dua orang anak lelaki dan seorang anak perempuan dan

muka 2

 
 
   

walaupun pun semua Alhi Sejarah bersetuju bahwa Khadija, bersuamikan Muhammad (saw), melahirkan seorang puteri bernama Fatimah Zahra, anak-anak lain yang dikaitkan kepada Muhammad (saw) tidak dapat dipastikan samada juga hasil perkahwinan itu atau merupakan anak-anak Khadija dari arwah-arwah suaminya yang terdahulu. Ini termasuk Qasim dan 'Abdallah, yang meninggal dunia sejak kecil dan tiga orang anak perempuan; Zaynab, Ruqayyah dan Umm Kulthum.

Walaupun poligami diamalkan dengan meluas di bumi Arab ketika itu dan jaga dipraktikan oleh Rasul-Rasul seperti Ibrahim (saw), Muhammad (saw) tidak pernah mengambil isteri lain sepanjang hajat Khadija. Selepas Khadija meninggal dunia pun banyak hadis menyebut bagaimana Muhammad (saw) terus menyanjunginya.

Muhammad (saw) tidak tahu membaca dan menulis dan tidak pernah menganut kepercayaan kaum Quraish Mekah yang menyembah berhala. Namun begitu, beliau bertambah tinggi disanjung disebabkan kejujuran dan sifat adilnya. Ketika Muhammad (saw) berusia 30 tahun, kaum Quraish memperbaiki dan membina semula Ka'bah yang tercemar dengan berhala-berhala. Kaum Quraish malahan memilih Muhammad (saw) supaya memutuskan jalan perdamaian dalam pergaduhan mereka mengenai siapakah yang akan mendapat kehormatan meletakkan Hajarul Aswad ke tempatnya. Muhammad (saw) memutuskan supaya batu hitam itu di angkat di atas sehelai kain yang tepinya di pegang oleh wakil setiap puak kepenjuru Ka'bah dan beliau sendiri seterusnya meletakkan semula batu itu ke tempatnya.

muka 3