HOME BAB : 1 2 3 4 5 6 7 8 9 10 11 12 13 14 15 16 17 18 19
  20 21 22 23

Bab 14 : 'ABBASID YANG AWAL

Apabila rakyat jelata merasa hampa akibat penganiayaan oleh Bani Umayyad, Bani 'Abbasid pun mengambil peluang memperalatkan ugama dengan mendakwa menjuarai keadilan sepertimana yang termaktub di dalam perundangan Islam bagi memperolehi kuasa untuk diri mereka sendiri. Memperolok-olokkan masyarakat dengan dakwaan bahwa merekalah Ahlu 'l-Bayt atau Keluarga/Keturunan Rasulullah (sawa) yang disebut di dalam Kitab Suci al-Qur'an, Abu'l-'Abbas mendapat sumpah taat setia dari pemimpin-pemimpin Khurasani di Kufa dan menggelarkan dirinya as-Saffah atau Penumpah Darah sebelum mengistiharkan dirinya sebagai Kalifah.

Dengan kuasa ditangannya, as-Saffah tidak berlengah-lengah menjarakkan dirinya dari puak-puak revolusi yang telah menolongnya merebut kuasa. Dia membunuh wakil 'Abbasid di Kufah yaitu Abu Muslim Marzawi dan membunuh sekalian Bani Ummayad yang berjaya diberkasnya.

Sementara pemindahan kuasa kepada Bani 'Abbasid ini berjalan, Imam Ja'far as-Sadiq melaksanakan polisi bertenang arwah ayahandanya. Beliau tidak dipandang sebagai ancaman oleh puak 'Abbasid lalu dibiarkan bebas. Imam Ja'far dengan itu mendapat peluang berdakwah menyibarkan Islam yang sebenarnya dan mendidik anak-anak muridnya dalam ilmu Fekah, Hadis dan Penghuraian Ayat-Ayat Suci al-Qur'an disamping ilmu Matematik dan Kimia dan menjelaskan asas konsep Imamat seperti yang diterangkan di dalam Kitab Suci al-Qur'an dan Hadis.

muka 55

   
     



Selepas cuma empat tahun menerajui pucuk pimpinan, as-Saffah diganti oleh al-Mansur yaitu pada tahun 136 H / 753 M. Seorang Arab yang ternama dari keturunan Rasulullah (sawa) bernama an-Nafs az-Zakiya enggan mengangkat sumpah taat setia kepada Kalifah baru itu.

Dengan sokongan dari penduduk Hijaz, ulema-ulema Hadis di Hijaz yang termasuk Malik b. Anas, kumpulan Zayidat dan Mu'tazilat Kufa dan Basra, an-Nafs az-Zakiya dan tentera dari Madinah bagun menentang Kalifah al-Mansur pada bulan Ramadan 145 H/ Disember 762 M, tetapi ditewaskan dan dibunuh. Abangnya, Ibrahim dari Basra dengan sokongan yang termasuk dari Abu Hanifa, pelopor mazhab Hanafi Ahli Sunni, bertempur dengan tentera 'Abbasid di Bakhamra tetapi turut terkorban.

Kalifah al-Mansur menjatuhkan hukuman rotan keatas Malik b. Anas dan memenjara seumur hidup Abu Hanifa kerana sokongan mereka kepada pemberontakkan itu namun membiarkan sahaja lain-lain ulema Hadis untuk memperalatkan mereka kelak mencapai hasratnya untuk mengasaskan kerajaan yang seolah-olah berperinsip keislaman dengan dirinya sendiri sebagai wali Allah (s.w.a) yang wajib dipatuhi. Dengan taktik ugut dan paksa, al-Mansur berjaya sedikit demi sedikit memikat hati ulema-ulema Hadis Madinah dan Kufa dan kumpulan-kumpulan perwakilan dari Jama'a Islam kepada Kulafah 'Abbasid.

Demi menguat dan mengukuhkan Kulafahnya, Mansur juga

muka 56

 
 
   


berusaha mempamirkan kelayakkan Bani 'Abbasid memegang pucuk pimpinan dengan menonjolkan pertalian mereka kepada Rasulullah (sawa) melalui 'Abbas, pakcik Rasulullah (sawa). Memandangkan puak 'Abbasid cenderung kepada penyatuan Kulafah dan Imamah, Mansur cuba menyaksikan dirinya sebagai Imam-Kalifah.

Perinsip Islam yang didokong oleh Imam Ja'far walau bagaimanapun menegaskan bahwa Imamat dan Kulafah boleh tercerai disebabkan keadaan yang mendesak sehinggalah Allah (sawa) mengizinkan kemenangan kepada Imam.

Imam itu walau bagaimanapun hanya akan timbul dari kalangan keturunan Rasulullah (sawa) dari puteri baginda Fatimah dan akan mendapat kedudukannya bukan dari persengketaan politik tetapi melalui Nass yaini perlantikkan khusus oleh Imam sebelumnya dan akan turut mewarisi ilmu khas mengenai Islam atau 'ilm yang dipindahkan dari generasi ke generasi.

Walupun berpegang kepada polisi bertenang, Imam Ja'far ditahan juga oleh al-Mansur kemudiannya dan dibawa ke Samarra dimana beliau di letakkan dibawah kawalan rapi. Al-Mansur kemudiannya membebaskan Imam Ja'far dan membiarkannya pulang ke Madinah tetapi mengerahkan gabenor Madinah meracunnya. Pada 25th Shawwal 148 H/ 765 M Imam Ja’far as-Sadiq mati diracun dan dikebumikan di Janatu’l-Baqi di Madinah. Beberapa kumpulan menganggap anak sulung Imam Ja'far bernama Isma'il sebagai pengganti beliau. Isma'il meninggal dunia sebelum Imam Ja'far. Bagi umat Islam dari mazhab Shi'ah Imam 12 atau Imamiah, imam pengganti yang sebenarnya ialah Musa al-Kazim, anak arwah yang ketiga.

muka 57