HOME BAB : 1 2 3 4 5 6 7 8 9 10 11 12 13 14 15 16 17 18 19
  20 21 22 23

Bab 11 : IMAMAT DAN KULAFAT

Pembunuhan kejam cucu Rasulullah (saw) di Karbala atas perintah Yazid pada 10 haribulan Muharram 61 H / 680 M , membentuk identiti Shi'ah. Shi'ah atau Shi'at ul-Ali yang bermakna 'Penyokong Ali' adalah kaum Muslimin yang mengiktirafi bahwa Rasulullah (saw) telah memerintahkan umat Islam supaya mematuhi perintah menatunya Ali dan seterusnya keturunan baginda Rasulullah (saw) dari pernikahan Ali dan Fatimah puterinya sebagai Imam dan Mawla atau Pemimpin, selepas baginda. Mereka yang tidak menerima hakikat itu atau tidak sedar bahwa Rasulullah (saw) telah melantik Ali sebagai pengganti baginda dan menyangka sebaliknya bahwa hal perlantikkan pengganti Rasulullah (saw) itu telah diserahkan saja kepada umat Islam sekelian, dikenali sebagai kaum Sunni.

Pemerintah-pemerintah tanah Islam sepanjang sejarahnya secara amnya merupakan semata-mata ahli-ahli politik walaupun pada hakikatnya mereka menggunakan gelaran Kalifah, yang bermakna Pengganti Rasulullah (saw) dan justeru itu sepatutnya menyerangkumi kepimpinan dalam aspek ugama sekaligus. Dalam hal Yazid yang terkenal dengan sikap biadab yang ditunjukkannya tanpa segan silu terhadap Islam, gelaran Kalifah bertambah tercemar dan hilang segala unsur keislaman.

Kematian Hussein yang merupakan tabi'un atau generasi kedua selepas Rasulullah (saw), membuka tirai bagi seorang lagi tabi'un terkemuka yaitu 'Abd Allah b. az-Zubayr untuk

muka 43

   
     

mengumumkan dirinya sebagai Kalifah pada tahun 61H / 678M.

Pembunuhan Imam Hussein membawa kesedaran kepada Bani Umayyad tentang status penghormatan yang diberikan dan kasih sayang yang dirasakan oleh masyarakat umum kepada keturunan Rasulullah (saw). Dengan kematian tragik itu, Imamat pun berpindah pula kepada waris yang ditetapkan dari cicit Rasulullah (saw) seterusnya yaitu Ali b. al-Husayn, yang kemudiannya dikenali dengan gelaran Imam Zayn al-'Abidin yang bermakna 'Yang tersanjung di kalangan orang-orang yang soleh'. Semasa tragidi Karbala, Imam Ali b.al-Husayn sakit tenat dan tidak dapat bangun dan oleh itu tidak bertempur. Beliau diambil sebagai tawanan oleh Kalifah Yazid dan setelah dibebaskan menetap di Madinah.

Akibat dari tingkah laku Kalifah Yazid yang bercangggah dengan kehendak Islam dan dirinya yang dibenci masyarakat, penduduk Madinah pada tahun 62 H / 681 M memberontak menentangnya. Yazid mengerahkan tentera yang diketui oleh Muslim b. 'Uquba dan menewaskan pemberontakkan itu dalam Pertempuran Harra. Imam Zayn al-'Abidin keluar dari kota Madinah kerana tidak mau campur tangan. Madinah digeledah dan dirompak dan penduduknya dipaksa membuat dekelarasi bahwa mereka adalah hamba-hamba abdi Kalifah Yazid.

Tragedi Karbala membuahkan rasa keinsafan terutamanya dikalangan penduduk Kufah yang sebelumnya beriya-iya mendesak Imam Hussein supaya datang ke Iraq tetapi kemudiannya gagal memberi sokongan kepada beliau apabila keadaan menjadi runcing. Mereka menubuhkan kumpulan yang dikenali dengan nama Tawwabun atau Yang Insaf / Bertaubat

muka 44

 
 
   


dan mengumpul ahli-ahli yang sanggup membalas dendam atas pembunuhan kejam Imam Hussein sebagai usaha agar taubat mereka di terima oleh Allah s.w.a.

Al-Mukhtar b.Abi Ubayda ath-Thaqafi juga muncul di Kufa pada waktu yang sama untuk meraih sokongan dengan mempergunakan nama Muhammad b.al-Hanafiya untuk membalas dendam atas pembunuhan kejam itu. Setelah gagal mendapat restu dari Imam Zayn al-'Abidin, Mukhtar mengumumkan yang Imam yang sebenarnya ialah Muhammad al-Hanafiya walaupun Muhammad al-Hanafiya sendiri tidak merestuinya. Kumpulan Tawwabun tadi juga enggan memberi sokongan kepada Mukhtar kerana memahami yang al-Hanafiya, sebagai anak Ali tetapi bukan dari isterinya Fatimah Zahra, puteri Rasulullah (saw), bukanlah waris Rasulullah yang utama.

Kalifah Yazid, kaki joli dan berpoya-poya mati mengejut pada tahun 64 H / 683 M. Anaknya Mu'awiya II, menurut ceritanya tidak hendak jawatan Kalifah yang diwarisinya. Dengan kematian beliau 6 bulan kemudian, jawatan Kalifah berpindah pula ke tangan Gabenor Yazid di Madinah yang juga merupakan saudara kepada Kalifah Uthman dahulu bernama Marwan b.al-Hakam. Marwan yang telah lanjut usianya semasa muda pernah dibuang negeri oleh Rasulullah (saw) sendiri dari

 
 
 

Madinah dan turut menyertai angkatan menentang Kalifah Ali semasa Perang Jamal. Pemindahan pucuk pimpinan kepada Marwan mengakibatkan pertumpahan darah di Sham antara puak-puak Kalb dan Qays mengakibatkan Damshik menjadi huru-hara. Sembilan bulan dan 19 hari sebagai Kalifah, Marwan mati dibunuh oleh isterinya dan Kalifah Umayyad berpindah ke tangan anaknya Abu al-Malik. Pertukaran pucuk pimpinan yang kerap itu mengikis kontrol Bani Umayyad ke atas wilayah-wilayah jajahan. Pemberontakkan tercetus di Iraq yang mengakibatkan

Gabenor Umayyad bernama 'Ubayd Allah b. Ziyad dipecat dari Basra. Beliaulah yang telah memainkan peranan penting dalam penyembelihan cucu Rasulullah (saw) di Karbala. Di Kufa pula, timbalannya 'Amr b. al-Hurayth juga hilang kuasa.

Menyahut panggilan penduduk tempatan, 'Abd Allah az-Zubayr, yang telahpun mengistiharkan dirinya Kalifah di Hijaz, menguatkan lagi kuasa beliau dengan menghantar seorang Gabenor bernama 'Abd Allah b. Yazid al-Ansari ke Kufa. Dengan itu, tidak lama kemudian, Ibn Zubayr pun berjaya menguasai Iraq, bahagian selatan semenanjung Arab dan sebahagian besar daerah Sham.

Bila kuasa Umayyad mula merosot, 4,000 orang Tawwabun mara ke Sham untuk menghadapi 'Ubayd Allah b. Ziyad dan tenteranya Sham berjumlah 30,000 orang. Pertempuran 3 hari di 'Ayn al-Warda, berhampiran sempadan Sham pada 65 H / 684 M, mengakibatkan kematian sebahagian besar kumpulan Tawwabun yang bertekad menggadai nyawa atas nama Imam Hussein yang mereka telah janji menyokongi.

muka 46

   
   
   
     


Kumpulan Tawwabun itu arif tentang perlantikkan Imam sebagaipemimpin agama maupun politik yang telah di buat oleh Rasulullah (saw) sendiri bertolak dari Peristiwa di Ghadir Khumm. Imamat itu akan jawat oleh keturunan baginda dari puterinya Fatimah. Namun begitu masyarakat Arab biasa dan saudara-saudara Islam baru tidak faham tentang hal ini dan terbawa-bawa oleh kepetahan Mukhtar dan propagandanya bagi Ibn al-Hanafiya sebagai Mahdi atau Penyelamat dari kezaliman dan penganiayaan Ummayad. Propaganda Mukhtar itu tidak pun mendapat restu Ibn al-Hanafiya sendiri. Masyarakat ramai tidak dapat membezakan antara keturunan Ali dan keturunan Ali dari isterinya Fatimah, puteri Rasulullah (saw).

Walaupun berpolisikan mendiamkan dirinya dari hal-hal politik seperti datuknya Ali ibn Abi Talib semasa pemerintahan Kalifah Abu Bakr, Umar dan Uthman yang dipatuhi demi menyelamatkan perpaduan umat Islam, Imam Zayn al-‘Abidin tidak pula menyembunyikan hakikat bahwa imamat telah dipertanggung-jawab dan diamanatkan kepadanya dan sekaligus menekankan bahwa dakwaan Mukhtar yang Ibn al-Hanafiyalah sebenarnya Imam merupakan fitnah yang menceroboh haknya.

Polisi mendiamkan diri itu tidak berkesan mengelakkan dari penganiayaan oleh Kalifah Ibn Zubayr yang berkuasa selama 9 tahun. Beliau meletakkan Imam bawah kawalannya di Makkah dan turut memenjarakan Ibn al-Hanafiya di 'Arim.

Di zaman Imam Zayn al-'Abidin minat mendalami Hadis

muka 47

 
 
   


Rasulullah (saw) berkembang di Madinah dikalangan cerdik pandai dan peguam-peguam Islam yang menyanjugi diri Imam itu. Di sebabkan beliau dikongkong pergerakkannya oleh Ibn Zubayr dan Kalifah Ummayad seterusnya yang merampas balikkuasa selepas kematian Ibn Zubayr dalam perperangan menentang Hajjaj, Bizurai Ummayad di Iraq pada tahun 73 H / 692 M, Imam Zayn al-'Abidin mengisikan masanya dengan beribadat dan menjadi terkenal dengan sujudnya yang panjang. Beliau malah dikenali dengan nama Imam Sajjad dan antara khazanah peninggalannya kepada Umat Islam ialah buku yang mengandungi koleksi du'a berjodol as-Sahifah al-Kamilah as-Sajjadiyyah.

Imam Zayn al-'Abidin mati di racun oleh Kalifah al-Walid yang pada tahun 86 H / 705 M menggantikan bapanya Abu l-Malik dan dikebumikan di tanah perkuburan al-Baqi di Medinah yang terletak bersebelahan Masjid Nabi. Ketika beliau meninggal dunia, asas ideologi Shi'ah fahaman Imamiah, yang merupakan fahaman utama antara banyak-banyak cawangan Shi'ah telah mula terbentuk dan ianya diterajui oleh pengikut-pengikut cicit Rasulullah (saw) itu.

muka 48