HOME BAB : 1 2 3 4 5 6 7 8 9 10 11 12 13 14 15 16 17 18 19
  20 21 22 23

Bab 18 : IMAM ALI IBN MUHAMMAD AL-HADI

Imam kesepuluh umat Islam, Ali Ibn Muhammad al-Hadi dilahirkan di Surya di Madinah pada pertengahan bulan Dhu al-Hijja 212 H / 828 M. Ibunya Samana merupakan isteri berbangsa Maghribi ayahandanya Imam Muhammad al-Jawad. Dengan Nass atau Perlantikkan Nyata dan warisan 'Ilm atau Ilmu Khusus mengenai Islam dari ayahandanya, Ali Ibn Muhammad hidup sebagai Imam selama 33 tahun dari tarikh kematian ayahandanya yaitu bermula dari usia hanya 6 tahun.

Bila Kalifah al-Ma'mun yang sezaman dengan ayahanda Imam Imam al-Hadi meniggal dunia, Kulafat 'Abbasid berpindah kepada al-Mu'tasim. Dia dan pengganti seterusnya, Kalifah al-Watiq yang memegang teraju pemerintahan selama lima tahun selepas kematian al-Mu'tasim pada tahun 227 H / 842 M, tidak mengapa-apakan Imam al-Hadi. Pengganti al-Watiq, al-Mutawakkil walau bagaimanapun bersikap berbeza.

Penganiayaan oleh al-Mutawakkil namun begitu tidak bermula serta merta kerana pada empat tahun pertama pemerintahannya, Kalifah sibuk dengan urusan kerajaan. Imam al-Hadi yang menghabiskan masanya dengan tugas-tugas keugamaan yang berupa syarahan-syarahan di Madinah, mendapat keyakinan, sokongan dan pengiktirafan masyarakat kerana pengetahuannya yang dalam dan budi pekertinya yang murni. Reputasinya itu membuatkan al-Mutawakkil merasa dengki dan berniat jahat. Gabenor Madinah, 'Abd Allah b. Muhammad mengerohkan lagi keadaan dengan menulis surat

muka 69

   
     


kepada al-Mutawakkil menuduh bahwa Imam Ali al-Hadi berkomplot merampas kuasa dan manghasut Kalifah yang kononnya berduyun-duyun umat Islam Shi'ah melafazkan sumpah taat kepada beliau.

Kalifah menjadi marah dan dengan berpura-pura menyanjungi dan mengasihi Imam, menpelawanya bertandang ke istana Kalifah di Samarra untuk mencari jalan penyelesaian bagi tuntutan-tuntutan yang Kalifah al-Mutawakkil iktirafi memang sahih bagi pihak Imam al-Hadi. Dalam surat demi surat, dia menyatakan ketidaksabarannya untuk melihat dan menganugerah penghormatan kepada Imam al-Hadi.

Imam al-Hadi menyedari niat sebenar di sebalik jemputan al-Mutawakkil dan faham akan akibat yang bakal menimpa jika ianya ditolak. Dengan berat hati beliaupun meniggalkan Madinah dan berlepas ke Samarra tetapi setibanya di situ, Imam al-Hadi tidak pula diperindahkan oleh Kalifah malahan diletakkan saja disebuah rumah tumpangan bernama al-Sa'alik yang biasanya dikunjungi oleh orang-orang yang papa kedana dan yang tanpa rumah kediaman.

Al-Mutawakkil kemudian memerintahkan Imam al-Hadi ditahan dibawah kawalan seorang lelaki kejam bernama Zurafah tetapi selang tidak berapa lama kemudian, Zurafah bertukar menjadi insan yang penuh dengan kasih sayang dan ketaatan kepada Imam. Ini tidak mematahkan semangat Kalifah yang meletakkan pula Imam buat beberapa tahun dibawah kawalan rapi seorang lagi lelaki yang kejam bernama Sa'id dan tempoh itu digunakan oleh Imam untuk beribadat.

muka 70

 
 
   

 

Bila Al-Fath ibn Khaqan, yang termasuk golongan yang mengiktiraf kebenaran Imamat didalam Islam menjadi menteri al-Mutawakkil, beliau merasa terharu melihat keadaan Imam dan berusaha supaya Imam dibebaskan dari tahanan. Al-Fath turut menyediakan sebuah tempat tinggal bagi Imam al-Hadi di Samarra tetapi malangnya al-Mutawakkil tetap dengan usaha-usaha menentang Imam al-Hadi dan mengerahkan perisik-perisik mengawal segala gerak-geri Imam dalam usaha mencari jalan untuk samaada memfitnah kononnya Imam al-Hadi merancang sesuatu terhadap Kalifah atau memerangkap Imam tersebut.

Dizaman itu muncul seorang perempuan bernama Zaynab yang mendakwa bahwa dirinya berasal dari keturunan Imam Hussein, cucu Rasulullah (saw). Ada kepercayaan yang mengatakan bahwa binatang-binatang buas telah diharamkan oleh Allah dari memakan keturunan Imam Hussein. Lantaran itu, Kalifah pun membuat keputusan menguji kebenaraan dakwaan Zaynab dengan menghumbannya ke binatang buas. Zaynab menjadi kecut lalu mengaku yang dakwaannya itu palsu semata-mata tetapi bila al-Mutawakkil benar-benar mencampakkan Imam al-Hadi di hadapan binatang buas, dia terkejut besar melihat binatang-binatang itu angkur kepada beliau.

Peristiwa-peristiwa luar biasa begini tidak melenturkan langsung semangat al-Mutawakkil terus menganiaya Imam. Pada satu ketika Kalifah jatuh sakit dengan bisul-bisul penuh ditubuhnya dan para doktornya pasti yang penyakitnya itu tidak boleh diubati. Al-Fath ibn Khaqan mengesyorkan supaya al-Mutawakkil cuba sahaja menanya Imam apakah ubat yang

muka 71

 
 
 


boleh menyembuhkan Kalifah dari penyakit itu. Imam memberitahu supaya lemak kibas dicampur dengan air mawar dan kemudiannya disapukan ke bisul-bisul tersebut. Walaupun orang-orang istana mempersendakan penawar itu, Kalifah al-Mutawakkil menjadi pulih selepas mencubanya.

Salah seorang dari orang istana yang bernama al-Batha'i menghasut Kalifah kononnya Imam al-Hadi sedang mengumpul harta dan senjata. Penyasat dihantar ke bilik Imam di mana ditemui uncang duit dengan cap ibu al-Mutawakkil yang masih belum dibuka dan dari situ Kalfiah mendapat tahu yang ibunya telah bernazar menghantar wang kepada Imam sekiranya anaknya sembuh.

Menurut Kitab al-Irshad tulisan Shaykh al-Mufid (lahir lebih kurang 337 H / 949 M meninggal 413 H / 1044 M), al-Mutawakkil merasa kecewa kerana Imam al-Hadi enggan mengambilnya sebagai teman rapat. Ada yang membuat cadangan supaya al-Mutawakkil cuba menggunakkan sebaliknya saudara Imam al-Hadi bernama Musa yang merupakan kaki joli dan pemuzik lucah.

Kalau Musa menjadi terkenal, laporan-laporan mengenainya akan tersebar dan rakyat jelata tidak akan dapat membezakan antara Musa dan saudarannya. Mereka yang mencaci Musa akan turut menuduh yang sama terhadap Imam al-Hadi.

Al-Mutawakkil pun memerintahkan Musa supaya dibawa dengan penuh adat istiadat ke Samarra dan mengerahkan sekelaian Banu Hashim dan panglima-panglima tentera menyambutnya. Kalifah juga memerintahkan supaya sebidang

muka 72

   
   


tanah diperuntukkan bagi Musa di mana sebuah kediaman mewah akan dibina untuk kegunaanya bila dia datang melawat. Tokoh-tokoh arak dan penari-penari turut juga dikerahkan.

Selepas Musa menerima hadiah-hadiah dan penghormatan dari Kalifah, Imam al-Hadi membuat pertemuan dengan saudaranya itu di sebuah jembatan bernama Wasil yang biasa digunakan oleh orang ramai untuk tujuan itu. Imam al-Hadi cuba memberi nasihat kepada saudaranya supaya jangan menghina dan menjatuhkan mertabat dirinya sendiri dan mengesyorkan bahwa dia sepatutnya menanam rasa takut kepada Allah tetapi malangnya Musa tidak dapat percaya yang Kalifah sebenarnya mempunyai niat jahat. Imam al-Hadi memberitahu Musa yang pertemuaan yang diharapkannya dengan al-Mutawakkil tidak akan berlaku.

Selama tiga tahun Musa kepintu al-Mutawakkil dari awal pagi lagi tetapi dia sentiasa diberi dalih yang Kalifah sedang sibuk. Sehinggalah Kalifah mati terbunuh tiga tahun kemudian, Musa tidak jaga pernah bertemu dengannya seperti yang telah diduga oleh Imam al-Hadi.

Kalifah-kalifah yang memerintah selepas itu yaitu al-Mustansir, al-Musta’in dan al-Mu’tazz kesemuanya meneruskan penganiayaan keatas Imam al-Hadi dan menyekat perhubungan beliau dengan umat Islam yang mengiktirafi kedudukan Imam sebagai pewaris sebenar Rasulullah (saw). Melalui dutanya, Kalfiah al-Mu'tazz membuat rancangan membunuh Imam dan akhirnya berjaya meracunnya. Imam Ali Ibn Muhammad al-Hadi meninggal dunia pada 3 haribulan Rajab 254 H / 868 M pada usia lebih kurang 41 tahun dan dikebumikan di Samarra, Iraq.

muka 73