HOME BAB : 1 2 3 4 5 6 7 8 9 10 11 12 13 14 15 16 17 18 19
  20 21 22 23

Bab 3 : PENGANIAYAAN DI MAKKAH

Apabila ketua-ketua Quraish gagal mengumpan Rasulullah (saw) dengan kekayaan dan pangkat supaya memberhentikan da'wah baginda, mereka berpaling kepada kempen penganiayaan fizikal ke atasnya dan pengikut-pengikutnya. Rasulullah (saw) di lempar dengan batu dan rahim kibas dan Abu Lahab pula mengekori beliau dan memakinya di khayalak ramai dengan tuduhan bahwa junjungan tinggi itu pembohong dan memberitahu orang supaya jangan mempercayainya.

Kaum muslimin didera supaya meniggalkan Islam. Antara mangsa penganiayaan tersebut ialah Bilal, abdi Ethiopia milik Umayyah yang menderanya berbaring dalam panas terik dengan batu yang besar di tindihkan keatas dadanya dan keluarga Ammar Yasir. Dari keluarga tersebutlah orang yang pertama shahid demi kepercayaan mereka yang teguh kepada Islam, yaitu ibu Ammar sendiri bernama Summayah.

Kaum Quraish turut juga mengenakan boikot ekonomi dan apa saja bentuk perdagangan dengan kaum Muslim, melarang perkahwinan dengan mereka, memencilkan mereka secara sosial disamping menyebarkan propaganda bahwa Rasulullah (saw) tukang sihir dan penipu.

Selepas lima tahun, kekejaman fizikal dan mental tidak juga reda. Justeru itu dengan kebenaran Ilahi, Rasulullah (saw) menghantar 88 orang Mu'minin dan 18 Mu'minat di bawah kelolaan Ja'far at-Tayyar, kekanda kepada Ali bin Abi Talib ke

muka 7

   
     


Habshah untuk mendapat perlindungan. Apabila puak Quraish yang menjejaki mereka ke sana menuntut kepada raja Habshah supaya mereka dipulangkan, Maharaja Nejashi menolak kerana yakin bahwa Muhammadlah Rasul Allah yang di sebut oleh Nabi Isa (as).

Setakat itu, puak Quraish belum cuba membunuh sahaja Rasulullah kerana baginda di bawah jagaan pak ciknya Abu Talib, yang disegani masyarakat. Demi mejamin perlindungan inilah sebenarnya, Abu Talib merasiakan hakikat bahwa dia juga telah memeluk ugama Islam yang suci. Walaubagaimana pun, tidak lama kemudian, puak Quraish nampaknya tidak ada apa-apa lagi yang dapat mengahalang mereka.

Bila Rasulullah (saw) berusia 53 tahun, Abu Talib meniggal dunia dan selang tidak berapa lama kemudian, setelah 25 tahun bernikah dengan Khadijah, isteri beginda yang mulia itu pula menghembuskan nafasnya yang terakhir. Dengan kematian Khadijah, Rasulullah (saw) bukan sekadar kehilangan isteri yang penyayang tetapi juga insan yang telah rela berkorban wang dan harta demi Islam yang murni. Abu Talib juga merupakan pembantu Rasul Allah yang agung.

Sementara itu, kaum Kazraj dari Yathrib telah datang ke Makkah untuk memeluk Islam dan memohon agar Rasulullah (saw) mengirim perwakilan baginda ke tempat mereka. Rasulullah (saw) mengutuskan Mas'ab ibn Umir mengikuti mereka pulang ke Yathrib. Mas'ab kemudiannya mengirim lapuran bahwa ketua-ketua dan tokoh-tokoh berpengaruh puak

muka 8

 
 
   


Uws, satu lagi puak utama di kota itu yang telah lama bertikai dengan puak Khazraj, telah juga memeluk Islam. Mengetahui yang mereka telah membuat persetujuan rahsia untuk membantu Rasulullah (saw), puak Quraish mengukir rancangan untuk membunuh Rasulullah (saw) dan membenteras Islam daripada terus berkembang tapak.

Pada masa yang sama, Rasulullah (saw) menerima wahyu supaya meniggalkan Makkah dan berpindah ke Yathrib. Mengetahui komplot jahat kaumnya, Rasulullah (saw) di turuti Abu Bakar, pergi berselindung di gua Thwar berhampiran Makkah.

Puak mushrik menyerbu masuk ke tempat tidur Rasululla (saw) untuk membunuhnya tetepi mendapati Ali, yang telah pergi menggantikan baginda, terbaring di situ. Selama 3 hari akhirnya Rasulullah (saw) dan Abu Bakr mendiamkan diri di gua Thwar. Selembar sarang labah-labah yang menutupi mulut gua dan sepasang merpati yang membuat sarang di situ memyebabkan puak Quraish tidak terlintas syak yang Rasulullah (saw) berada di dalam. Bertemu Ali kemudiannya di tempat yang bernama Quba seperti dijajikan, Rasulullah (saw) pun memulakan hijrah ke Yathrib.

 

 

muka 9