HOME BAB : 1 2 3 4 5 6 7 8 9 10 11 12 13 14 15 16 17 18 19
  20 21 22 23

Bab 8 : KALIFAH ALI

Pembunuhan Kalifah Uthman yang tercetus disebabkan rasa tidak puas hati masyarakat, menimbulkan syak wasangka tentang siapa yang sebenarnya bertanggung-jawab. Dalam keadaan huru hara itu, hanya satu calon sahaja yang layak menjadi Kalifah baru yang sekaligus boleh diterima bukan saja oleh pihak Muhajirun dan Ansar tetapi juga oleh Qurra yang memberontak. Calon itu tidak lain dari Ali yang akhirnya mengalah kepada tuntutan yang datang dari hampir setiap pihak merayunya menjadi pemimpin umat Islam.

Walaupun Ali memerima sokongan dari lapisan umbi masyarakat, salah seorang dari balu Rasulullah sendiri, yaitu A'isha, bila mendapat tahu tentang perlantikkan itu, enggan pulang ke Madinah dari Umrah kerana merasa tidak puas hati dan malahan berpatah balik semula ke Makkah. Konflik lama A'isha bersama Fatima, puteri Rasulullah (saw) yang juga merupakan isteri Ali ditambah pula dengan persoalan tentang kesahihan perlantikkan arwah ayahandanya Abu Bakr yang telah ditimbulkan oleh Ali dulu menambahkan rasa kurang senangnya kepada Kalifah baru itu.

Selang tidak berapa lama kemudian, A'isha disertai di Makkah oleh dua tokoh penting yaitu Talha Abdullah dan Zubayr Awam. Kedua-dua mereka memmendam cita-cita politik dan melihat A'isha sebagai peluang untuk mereka menjarakkan diri dari Ali yang sekarangnya mereka tuduh sebenarnya telah memaksa mereka memberikan sumpah ikrar taat setia kepadanya.

muka 28

   
     

Sementara itu Marwan al-Hakam, setiausaha Uthman bersama beberapa orang lagi dari Bani 'Ummayad telah dapat melarikan diri ke Sham semasa pemberontakkan yang menumbangkan Kalifah sebelumnya. Mereka lari mendapatkan perlindungan dari Mu'awiya, Gobenor Sham dari suku sakat Uthman. Marwan membawa bersamanya baju Uthman yang berlumuran darah berserta dengan jari Na'ila, balu Uthman yang terpotong untuk digunakan dalam propaganda mereka di sana.

Kejayaan Rasulullah (saw) dan penubuhan konsep masyarakat Islam oleh baginda bermakna bahwa perinsip kebangsawanan masyarakat jahiliah yang berleluasa di kalangan kaum Arab terurai. Semasa pemerintahan Kalifah Uthman walau bagaimanapun, perinsip lama Bani Umayya, keluarga yang terkaya berserta dengan lain-lain keluarga pemerintah, telah mula menapak semula. Dengan perlantikkan Ali, pewaris soleh ilmu Rasulullah (saw), kuasa baru itu terjejas balik.

Mu'awiah sedar sekiranya Ali berjaya mengukuhkan kedudukannya, beliau akan menyingkirkan Mu'awiah dari pangkat yang dicengkamnya. Sebagai suku Uthman, Mu'awiyah berasa bahwa tidak ada cara lain baginya kecuali mempersoalkan kesahihan perlantikkan Ali sebagai Kalifah dan menuduhnya bersubahat dalam pembunhan Uthman bagi mengelakkan dirinya sendiri kehilangan kuasa.

Maka tidak hairanlah bila Marwan bin Hakam dari suku Mu'awiah, yang telah dibuang negeri oleh Rasulullah (saw) sendiri dan hanya dipanggil balik oleh pakciknya yang juga bapa mertuanya Uthman semasa pemerintahan Kalifah itu, bangun menyokong A'isha. Sama ada beliau di ampu oleh

muka 29

 
 
   

Talha dan Zubayr seperti yang didakwa oleh setengah Ahli Sejarah atau tidak, Ibu Kaum Muslimin, A'isha, berangkat ke Basra pada tahun 36 H / 656 CE untuk menentang Kalifah Ali dengan alasan untuk menuntut bela atas pembunuhan Uthman.

Kumpulan tiga yang terdiri dari A'isha, Talhah dan Zubayr, cuba memotong Kalifah dari sebelah timur dan menambahkan ancaman Sham yang memberontak dengan menimbulkan huru hara yang sama di Iraq. Kalifah Ali mara ke Kufa, ibu kota pentadbirannya dari tahun 36 H / 656 M, sebelum menuju ke medan pertempuran di Basra bersama anak-anaknya Hasan dan Husain dari pernikahannya dengan puteri Rasulullah (saw) Fatima dan Muhammad Hanafiah, anaknya dari pernikahannya dengan isterinya bernama Khoola Ja'far disisinya.

Bila usaha beliau ke saat akhir mencari jalan penyelesaian damai tidak berhasil, tentera Ali berjumlah 20 ribu orang itu pun bertembung dengan An-Nakithun atau 'mereka yang melanggar sumpah taat', yang berjumlah 30 ribu pada 10 Jamadi-ul-Sani tahun 36 H. Pertempuran ini yang dikenali sebagai Peperangan Jamal atau Peperang Unta, mengambil nama dari binatang yang ditunggan oleh A'isha, merupakan perang saudara pertama dalam sejarah Islam. Ia menyebabkan kekalahan kepada kumpulan tiga dan terbunuhnya Talha dan Zubayr sementara A'isha pula dipimpin balik dengan selamat ke Madinah.

Setelah selesai mengukuhkan kedudukannya di Iraq buat sementara, Ali beralih menghadapi bahaya yang lebih besar yaitu Mu'awiyah. Baju Uthman berlumuran darah dan jari Na'ila Farafesa telah di pertontonkan di mimbar Masjid Utama

muka 30

 
 
 


Damshik untuk meledakkan pemberontakkan dikalangan penduduk Sham terhadap Kalifah Ali.Seperti mana biasa, Kalifah Ali cuba mencari jalan kedamaian, tetapi keaadan menjadi jelas bahawa Mu'awiyah bertekad untuk bertempur. Ini menyebabkan Ali tidak ada pilihan lain kecuali mara pada bulan Zul-Hijjah tahun 36 H untuk menghadapi tentera Sham dalam Peetempuran Siffin. Bersama Ali 70 orang para Sahabat yang telah berperang bersama Rasulullah (saw) di Badr, 700 dari mereka yang memperbaharui ikrar taat kepada Rasulullah semasa Hudaibiah dan 400 orang dari Muhajirun dan Ansar.

Bila tiba bulan Muharram, ketika mana peperangan diharamkan dalam Islam, kedua-dua pihak meletakkan senjata sehinggalah pada 1 haribulan Safar. Menjelang hari yang kesepuluh, tatkala tentera Sham mula kecewa dan menghadapi kekalahan, Amr A'as membuat syor kepada Mu'awiyah supaya memerintahkan tenteranya melekatkan Kitab Suci Al-Qur'an di penghujung lembing masing-masing. Helah jahat ini mengecamokkan anggota tentera Kalifah Ali. Beliau memerintahkan supaya terus bertempur dan cuba meyakinkan mereka bahwa puak Mu'awiyah menggunakan Al-Qur'an dalam tipu helah. Malangnya sebahagian besar dari angkatan Kalifah Ali memberontak dan menuntut supaya diadakan perundingan perdamaian.

Kalau golongan yang memberontak di kalangan angkatan tentera Kalifah Ali memaksanya menerima perundingan perdamaian, Kalifah itu sendiri mendesak supaya mereka sekurang-kurangnya mentaatinya dalam menerima Abdullah bin Abbas atau Malik bin Ashtar sebagai juru runding mereka. Desakkanya tidak diendahkan dan menyebabkan terlantikkanyaAbu Musa Ash'ari sebagai juru runding.

muka 31

 
 
   

Mu’awiya pula menghantar Am'r A'as. Selepas berbincang, perunding dari kedua pihak bersetuju bahwa Ali dan juga Mu'awiya dilucutkan jawatan masing-masing dan seterusnya dibiarkan agar kaum Muslimin melantik Kalifah baru. Di Douma-tul-Jadal, yang terletak antara Iraq dan Sham, Abu Musa Ash'ari membuat penguguman tentang keputusan itu. Bila tiba giliran Am'r A'as mengesahkan keputusan, dia berdalih jahat bahwa sekirangya sudah terang yang Abu Musa melucutkan jawatan Ali, tidak ada sebab pula untuk melucutkan jawatan Mu'awiyah.

Golongan yang paling lantang mendesak Ali supaya diadakan perundingan perdamaian, kini bersuara menuduh bahwa membenarkan selain dari Allah menjadi perunding adalah perbuatan yang terkeluar dari agama dan Kalifah Ali, dengan menyetujui perkara itu, telah murtad. Di Kufa, puak pemberontak yang dikenali sebagai golongan Kharijite atau penyeleweng, menabur fitnah bahwa Ali melanggar persetujuan hasil dari perundingan perdamaian. Mereka seterusnya berarak ke Nahrwan berhampiran Baghdad.

Kalifah Ali dalam itu pula tidak dapat menerima sebarang keputusan yang bercanggah dengan Kitab Suci al-Qur'an dan Sunnah dan bersedia untuk menghadapi puak Sham yang penipu. Bergerak ke Sham, Ali mendapat tahu yang golongan Kharijite telah membunuh Gabenor Nahrwan dan orang-orang awam.

Kalifah Ali dengan itu menyimpang ke sana untuk meredakan suasana. Walaupun beliau menawarkan perdamaian, golongan

muka 32

 
 
 


Kharijites berdegil dan lantas tercetuslah pertempuran pada 9 haribulan Safar 38 H yang dikenali sebagai Pertempuran Nahrwan. Kecuali 9 orang yang melarikan diri, pertempuran itu berkesudahan dengan terbunuhanya kesemua golangan Kharijite yang berjumlah lebih dari 2000 orang.

Selepas Nahrwan, Ali terpaksa berpatah balik ke Kufa kerana angkatan tenteranya menjadi kurang bersemangat untuk terus mara dan menghadapi Mu'awiya. Mu'awiya sementara itu terus mengerahkan tenteranya menimbulkan kacau bilau di setiap pelusuk jajahan dan ini didapati Kalifah semakin sukar untuk dirangsang pendududuk supaya menentangi.

Dalam Hadis yang dinamakan Hadis Manzila, yang turut diriwayatkan oleh Bukhari dalam Sahihnya Jilid 3 Buku bertajuk Ghazawa, Sahih Bukhari hadis nombor 5.56 dan 5.700, Sahih Muslim Jilid 2 di bawah tajuk 'Kelebihan Ali', Ahmad Hanbal dalam Musnad Jilid 1 dan Tirmidi dalam bukunya betajuk 'Jami, Rasulullah (saw) mengumpamakan kedudukan Ali kepada baginda sendiri seperti kedudukan Harun kepada Musa, kecuali hakikat bahwa tidak ada nabi selepas Muhammad (saw). Apa yang tersirat begitu tepat sekali. Sikap tidak taat yang ditunjukkan kepada Ali samalah seperti penderhakaan yang ditujukkan kepada Harun ketika Musa pergi menghadap Allah di lurah yang suci (Surah 20 ayat 90).

Subuh 19 haribulan Ramadan 40 H, ketika bersembahyang di masjid Kufa, Ali ditikam oleh seorang Kharijite bernama Ibn Muljam. Dilahirkan di dalam Ka'bah yang suci dan dibunuh juga di rumah Allah yang suci, Singa Allah, Ali ibn Abu Talib kembali ke Rahmatullah pada 21 haribulan Ramadan tahun 40 H dan di kebumikan di an-Najaf al-Ashraf, Iraq.

muka 33