HOME BAB : 1 2 3 4 5 6 7 8 9 10 11 12 13 14 15 16 17 18 19
  20 21 22 23

Bab 5 : HAJI PENGHABISAN DAN PEWARIS RASULULLAH

Pada penghujung tahun ke sepuluh Hijrah, Rasulullah (saw) bertolak ke Makkah untuk menyempurnakan Haji Wida, haji penghabisan baginda ynag disertai oleh lebih dari 90.000 Muslimin. Pada kemuncak upacara Haji yaitu semasa wukuf di Arafah, tak jauh dari Makkah, Rasulullah (saw) memberi khutbah mengingati para jemaah supaya bersikap takwa dan berakhlak tinggi.

Setelah selesai segala upacara Haji, Rasulullah (saw) diiringi para jemaah yang lain, bertolak keluar dari Makkah untuk berangkat pulang. Di persimpangan jalan tempat jemaah berpecah menuju ke destinasi masing-masing, Rasulullah (saw) tiba-tiba berhenti. Tempat itu tidak pernah menjadi tempat singgah kafilah-kafilah kerana persekitarannya yang kering kontang. Malaikat Jibrail turun membawa wahyu yang menjadi Ayat 67 dari Surah 5, ayat yang dikenali dengan nama Ayat Tabligh atau Penguguman yang berbunyi, " Wahai Rasul! Sampaikahlah apa yang telah diwahyukan kepada kamu dari Tuhanmu; sekiranya kamu tidak berbuat begitu, nescaya kamu telah gagal menyampaikan wartaNya, dan Tuhan akan melindungimu dari manusia; demi sensungguhnya Tuhan tidak akan membimbing mereka yang enggan mempercayai."

Rasulullah (saw) terus memerintahkan Bilal, orang bangsa Afrika yang pertama pertama memeluk Islam, memanggil balik semua Muslimin yang telahpun bertolak pergi dan yang

muka 15

   
     

terkebelakang supaya berkumpul di situ, tempat yang di kenali sebagai Ghadir Khumm. Selepas menyempurnakan sembahyang berjemaah, Rasulullah (saw) membuat pengumuman perdana dan mustahak tiga kali terturut-turut, yaitu Ali adalah Mawla atau Pemimpin kepada sesiapa sahaja yang dipimpin oleh Rasulullah (saw) sendiri. Kata-kata ini merupakan penguguman resmi tentang pucuk pimpinan yang akan mengambil alih selepas Rasulullah (saw) nanti.

Orang ramai belum sempat bersurai bilamana turun lagi wahyu, "Hari ini Aku menlengkapkan untuk kamu ugamamu dan nikmatKu kepadamu dan memilih Islam sebagai ugamamu". Ini menjadi sebahagian dari Ayat 3 dari Surah 5. ( Rujukan peristiwa di Ghadir Khumm: Tirmidhi hadith 6094; Sahih Muslim hadith 5920 ; al-Hakim's al-Mustadrak Jilid III m109; al-Tafsir al-Kabir oleh Fakhr al-Din al-Razi Jilid XII p 50; al-durr al-Manthur oleh al-Suyuti Jilid II m298; al-Tarikh oleh al-Ya'qubi Jilid II m95; al-Tafsir oleh al-Tha'labi m120; Sawa'iq oleh Ibn Hajar' Bab 5.)

Setelah selesai upacara di Ghadir, Rasulullah (saw) memerintahkan semua Muslimin yang hadir baik wanita atau lelaki, mengucapkan tahniah dan melafazkan sumpah setia kepada Ali dan memanggilnya Amirul Mu'minin atau Pemimpin kaum Mukminin. Yang terdahulu bebuat demikian tak lain dari Abu Bakr dan 'Umar.

Setibanya di Madinah, Rasulullah (saw) menyelesaikan segala urusan pentadbiran wilayah-wilayah jajahan dan puak-puak yang telah memeluk Islam tapi malangnya beliau tiba-tiba mendapat demam. Selepas tiga hari sakit teruk, Muhammad

muka 16

 
 
   


Rasul penamat Allah, menghembuskan nafasnya yang terakhir pada hari ke 28, bulan kedua (Safar) tahun ke 11 Hijrah. Ali, menantunya yang bernikah dengan puteri Rasulullah (saw), cucu-cucu Junjungan Tinggi berserta dengan az-Zubayr b. al-'Awwam dan Talha b. 'Ubayd Allah mengasingkan diri membuat segala persiapan mengebumikan jenazah baginda.

Sementara itu, Abu Bakr dan 'Umar mendapat tahu yang puak Ansar telah berkumpul di dewan atau Saqifa Banu Sa'ida lalu dengan tidak membuang masa terus berkejar ke situ untuk menghalang sebarang perkembangan yang tidak diingini. Puak Ansar Madinah khuatir bahwa dengan kewafatan Rasulullah (saw) mereka akan dikuasai kelak oleh puak-puak dari Makkah dan telah berkumpul dengan tergesa-gesa di Saqifa untuk melantik seorang pemimpin dari kalangan mereka sendiri.

Abu Bakar mengambil kesempatan memberitahu persidangan bahwa kaum Muhajirun adalah yang lebih terdahulu memeluk Islam dan di kalangan sekelian Muslimin, adalah yang lebih rapat kepada Junjungan Nabi (saw). Walaupun puak Ansar merupakan saudara dan teman-teman seugama tambahnya, kaum Muhajirun adalah umara' atau pemerintah dan puak Ansar adalah wuzara atau timbalan. Kaum Arab katanya, tidak akan akuh kecuali kepada Bani Quraish dan lantas mengesyorkan agar mereka-mereka yang berhimpun di situ samada melantik

 
 


'Umar atau Abu 'Ubayda al-Jarrah, yang turut bersama Abu Bakr dan Umar, sebagai Pemimpin kaum Muslimin. Umar dan Abu 'Ubayd walau bagaimanapun menolak pengcalonan mereka. Seorang Ansar bernama Al-Mundhir Arqam bangun dan membantah. Walaupun dia tidak menafikan kelebihan yang disebut oleh Abu Bakr, ada orang yang sekaligus lebih layak menjadi pemimpin dan tidak dapat dinafikan kedudukannya dikalangan kaum Muhajirun, yaitu Ali bin Abi Talib.

Al-Hubabb Mundhir, seorang lagi dari puak Ansar mengesyorkan supaya dilantik saja satu pemimpin dari kalangan mereka dan satu dari Muhajirun. Bila keadaan bertambah riuh rendah dan panas 'Umar lekas-lekas menyuruh Abu Bakr menghulurkan tangan dan dengan pantas melafazkan sumpah taat setianya kepada Abu Bakr. Dia diikuti oleh Abu Ubayda dan kaum Makkah Muhajirun yang hadir, yang lebih rela agar pemimpin dari kalangan mereka daripada tunduk di bawah pemerintahan Ansar dari Madinah.

Suara-suara yang membantah perlantikan sesiapa sahaja selain daripada Ali sepertimana yang diamanahkan oleh Rasulullah (saw), tenggelam dalam kekecohan yang tercetus. Di sebabkan persengketaan lama antara Bani Aws dan Khazraj, puak-puak Ansar masing-masing merasakan bahwa lebih bermanafaat jika mereka merelakan saja seorang pemimpin dari Quraish daripada melihat pemimpin dilantik dari puak lawan mereka dikalangan puak-puak Madinah dan lantas memberi ikrar sumpah setia kepada Abu Bakr. Secara tidak sengaja, terlantiklah Abu Bakr menjadi pemimpin kaum Muslimin walaupun Rasulullah (saw) telah berpesan bahwa Mawla atau Pemimpin adalah Ali. ( Rujukkan perlantikkan Abu Bakr: Sahih Bukhari 9.817 dan 5.19)

muka 18

 
 
   

Kalau Abu Bakr berhak menjadi pemimpin selepas Rasulullah (saw), disebabkan beliau, mengikut setengah pendapat, menjadi imam sembahyang ketika Rasulullah (saw) sakit tenat namun pengiktirafan perlantikkannya itu, jauh dari dikuat kuasakan sepenuhnya. Menyedari hak yang telah terlebih awal diberikan oleh Rasulullah (saw) sendiri kepada Ali dan kedudukan Ali yang tinggi di kalangan sebahagian para sahabat Rasulullah (saw) dan juga demi mengelakkan tercetusnya reaksi yang hebat dari Ali sendiri dan para sahabat, sumpah taat dari beliau kepada Abu Bakr sangatlah diperlukan.

Selama enam bulan, yaitu sehingga kematian puteri Rasulullah dan isterinya Fatimah, Ali tidak memberikan persetujuan kepada perlantikkan Abu Bakr malahan menjauhkan dirinya. Puteri Rasulullah (saw) sendiripun enggan lagi bercakap kepada Abu Bakr dan 'Umar dan memerintahkan supaya dia dikebumikan secara senyap pada malam hari dan agar mereka tidak mengambil bahagian dalam upacara pengkebumian itu. (Rujukan: Sahih Bukhari hadis no. 5.546; 4.325; 8.718)

Peristiwa Saqifa lantas, merupakan titik tolak dan punca asas perbedaan pendapat yang melahirkan golongan mazhab-mazhab yang dikenali sebagai Sunni, yang merupakan golongan utama atau Jama'a kaum Muslimin di hari ini, dan golongan mazhab-mazhab Shi'ah, yang membawa maksud 'mereka yang menyintai Ali dan mengikutinya dan keturunannya'.

muka 19